Quantcast
Channel: Alter Terahsia Bangsa Melayu
Viewing all 81 articles
Browse latest View live

Ulasan Buku "Menelusuri Jejak Leluhur"

$
0
0






Pada bulan Ramadan yang lepas, saya telah menerima sebuah buku yang dari lukisan grafik pada kulit mukanya, saya agak 'familiar'. Tepat seperti sangkaan saya pada awalnya, ia adalah buku kedua dari siri Pengembaraan Merah Silu yang ditulis oleh saudara Radzi Sapiee. Saya pernah mengulas buku pertamanya di SINI.

Radzi Sapiee atau nama penanya, Merah Silu rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau lebih dikenali kerana siri buku Berpetualang ke Aceh dan aktiviti kebudayaan dan sejarah melalui penganjuran HIKMAH. Maklumat lanjut tentang HIKMAH boleh dibaca di SINI.




Buku ini diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing, syarikat yang sama yang menerbitkan buku saya bersama kawan-kawan, Tuan Ibnu Rusydi dan Tuan Semantani Jones iaitu Membongkar Rahsia Dunia Melayu : Pribumi Asia Tenggara.

Tanpa membuang masa, jom ikuti saya mengulas apa yang terkandung di dalam buku ini. Menelusuri Jejak Leluhur sebagaimana buku yang terdahulu Mencari Erti & Diri adalah berkonsepkan travelog peribadi dalam mencari susur-galur diri dan sejarah keturunan sehingga menelusuri juga sejarah bangsa Melayu yang bertebaran di seluruh Asia Tenggara. Apa yang saya faham, keseluruhan buku ini berasaskan kepada kisah dalam Hikayat Raja-raja Pasai (HRRP), yakni menceritakan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai, berdasarkan HRRP.

Saya akan ulas bab demi bab. Kita mulakan dengan bab pertama.

Bab pertama: Laluan dari Medan, mengungkap usaha Rashid dalam objektifnya untuk Aceh, bagi menyiasat sejarah dan persoalan yang selalu bermain di fikirannya. Perjalanan dengan menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan diceritakan pada awal bab.Di Medan, beliau dibantu oleh Kak Dewi, seorang wanita berasal dari Medan yang bermurah hati menumpangkannya bermalam malah sedia menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Sumatera, terutama hajatnya ke Aceh. Walaupun suami Kak Dewi tidak menggalakkannya ke sana akibat konflik Aceh yang melanda wilayah itu menyaksikan ia di bawah pemerintahan tentera, namun Rashid tetap menyimpan hasratnya untuk ke Aceh.




Sementara di Medan, Rashid berkesempatan dibawa berjalan-jalan ke kota Medan dan melawat Masjid al-Mashun dan Istana Maimun. Ini membuka kisah Kesultanan Deli dan apa yang dilihat oleh Rashid ketika melawat istana itu. Terdapat kisah bangsal yang berisi 'Meriam Puntung' dan kisah Puteri Hijau. Selanjutnya bab pertama ini berkisar tentang sejarah Kesultanan Deli yang mana terkandung dalam perbualan antara Rashid dan rakannya yang bernama Nasri. Dari kisah Puteri Hijau dan Meriam Puntung sehingga ke cerita di dalam Hikayat Deli, seolah-olah ada dua garismasa, yakni era Deli Tua dan era Kesultanan Deli. Di sana mencadangkan nama 'Deli' berasal dari Delhi di India, yakni tempat asal raja yang mengasaskan kesultanan itu, yakni Muhammad Dalik yang bergelar Gocah Pahlawan kerana berjaya membantu raja Aceh menewaskan musuh-musuhnya.

Kemudian, penceritaan bersambung melalui perbualan antara Rashid dan Nur, watak yang telah dijelaskan pada buku pertama. Trivia, saya tahu siapakah wanita yang bernama 'Nur' ini. Jika anda membaca buku pertama, gadis ini begitu istimewa di hati Rashid, berjaya menawan hati pemuda itu sehingga terjadi peristiwa spontan di Trafalgar Square. Rashid meluahkan apa yang dilihatnya di Istana Maimun kepada Nur, betapa Kesultanan Deli telah menjadi kenangan sahaja di bawah pemerintahan Jakarta padahal Keraton dikekalkan dengan mendapat hak eksklusif. Ini memacu kepada sentimen anti-Jawa dalam luahan itu. Ini tidak menghairankan kerana sentimen seolah-olah 'anti-Jawa' di kalangan sukukaum di Indonesia masih wujud malah ada yang berakhir dengan pertumpahan darah seperti di Aceh, Timor Timur dan terkini di Papua. Malah di wilayah lain di Sumatera sendiri, banyak protes dan kritikan akibat pentadbiran Jakarta yang kelihatan memeras hasilbumi Sumatera tanpa membangunkannya dengan bersungguh-sungguh, tidak seperti di Jawa. Namun, Rashid menjelaskan, ia bukanlah sepenuh anti-Jawa, sementelah dalam susur-galurnya sendiri juga ada bersambung dengan keturunan Jawa. Rashid cuma geram dengan pemerintahan Jakarta yang Java-centric telah lakukan kepada Kesultanan Deli malah institusi pemerintahan beraja yang lain di Sumatera. Rashid juga geram dengan pemerintahan Jakarta yang terlalu 'menjawakan' wilayah-wilayah lain dengan pelbagai cara termasuk membubuh nama-nama jalan dengan nama para pemimpin berdarah Jawa dan sebagainya.

Kemudian masuk kepada definisi perkataan 'Jawa' itu sendiri, yang mana perkataan ini cognate pula kepada perkataan 'Jawi' yang umumnya merujuk kepada bangsa Melayu. Sebenarnya pada masa dulu, perkataan 'Jawa' bukanlah eksklusif kepada Pulau Jawa, malah digunakan pada lain-lain tempat. Ini termasuk nama kerajaan seperti Jawaka (Zabag) dan nama 'Jawa' itu sendiri dikesan digunakan di selatan Vietnam dan di Segenting Kra (termasuk Kelantan Tua) sepertimana yang tercacat dalam peta Marinus The Tyrian pada abad ke-2 Masehi. Malah dalam peta Claudius Ptolemy, Sumatera atau Borneo sendiri dilabelkan sebagai 'Jawadvipa'. Namun pada abad ke-5 Masehi, para pedagang China mula merekod nama 'Jawa' secara ekslusif ke atas Pulau Jawa apabila Yehpoti ('Jawadvipa' dalam sebutan China) di Borneo telah merosot perdagangannya dan diambilalih oleh Pulau Jawa. Etimologi 'Jawa' itu sendiri serumpun dengan perkataan Sawa(h) dan Hawa, yang bermaksud 'padang berlumpur' dalam daftar perkataan-perkataan Proto-Austronesia.

Kemudian cerita diteruskan dengan keinginan Rashid untuk pergi ke Aceh tetap diteruskan.

Bab kedua pula adalah permulaan kepada konsep keseluruhan buku ini, iaitu berdasarkan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai. Penceritaan diwakili oleh perbualan antara Rashid dan Samion, kawan lamanya yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya. Bab ini bagi saya, memang enjoy sedikit sebab penceritaan dalam HRRP diselang-seli dengan keletah Samion yang asyik menyampuk dan mempertikaikan Rashid yang sedang bercerita. Kadangkala saya ketawa dengan sikap Samion yang memperlecehkan cerita Rashid dan akhirnya Rashid kadangkala mempermainkan Samion kembali yang bertidak melampaui batas; mengganggu Rashid bercerita dengan pelbagai provokasi.

Pada akhir bab ini, kita boleh melihat moral dari perbualan antara Rashid dan Samion, iaitu 'mengembalikan Kemelayuan yang hilang' yakni dituju pada diri Samion yang 7 tahun merantau ke UK menyambung pengajian dan terdedah dengan pelbagai budaya Barat. Saya menganggap Samion adalah stock pelajar yang mengalami kejutan budaya dan ingin 'jadi mat saleh lebih dari mat saleh'. Namun pada titik-titik tertentu, terluah dari dalam diri Samion, kerinduan pada dirinya yang lalu, anak kampung yang miskin dan pekat dengan suasana kampung Melayu yang nostalgik.




Bab ketiga menceritakan perjalanan Rashid ke Tanjungpura, Langkat dan melawat beberapa tempat seperti Masjid Azizi dengan tujuan untuk melawat Kampung Babussalam, pusat kerohanian Tariqat Naqsyabandiah terbesar di Sumatera. Bab ini kemudian memperkenalkan dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan dan kisah-kisah seputar namanya.

Di dalam bab ini juga diceritakan luahan hati Rashid kepada Razak, seorang lagi rakannya dalam isu 'permainan wang' di Babussalam, sama seperti yang dilihatnya di Istana Maimun, dimana orang meminta-minta wang untuk masuk ke sesuatu tempat atau bertemu dengan seseorang. Dalam kisah Rashid ingin bertemu 'khalifah' tariqat, dia juga diminta memberikan wang. Namun wang 10,000 rupiah yang disediakan Rashid ditolak oleh 'khalifah' tersebut.

Bab keempat berasaskan kisah Kerajaan Samudera-Pasai dan pengaruh Islam yang menjadikannya 'Serambi Mekah'. Ia mengambil pengaruh yang kuat ke atas apa yang didakwa sebagai 'sabda Rasulullah s.a.w' yang terkandung di dalam HRRP. Kisah pengislaman Merah Silu sudah pasti dimasukkan ke dalam bab ini. Di dalam bab ini juga muncul watak Afiq, budak kecil yang lucu mempersoalkan Rashid yang menumpang rumah bapanya dan berpakaian selekeh. Juga watak Nasri, yang menjadi rakan berbincang tentang hal-hal berkaitan kedatangan Islam di Samudera-Pasai.




Untuk mendapatkan pandangan yang bernas tentang 'sabda nabi s.a.w' di dalam HRRP, maka Rashid telah bertemu dengan Badrul, bekas pelajar Kolej Islam Kelang dan merupakan kawan Rashid ketika di UK. Badrul digambarkan sebagai seorang yang memiliki profesion selesa dalam bidang agama dan pakar dalam bidang hadis terutamanya.

Perbincangan dengan Badrul saya kira paling hangat dalam buku ini. Ini disebabkan sikap Rashid yang bermatian ingin meyakinkan Badrul bahawa 'hadis nabi' di dalam HRRP itu adalah benar atau 'sahih'. Perbincangan bermula dengan bab Muawiyah, Saidina Ali  dan Ahli Bait, pertembungan antara Syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menariknya, Badrul agak sangsi dengan Rashid pada awalnya, adakah Rashid cenderung ke arah Syiah. Namun Rashid menafikannya dan ini terbukti dengannya mengangkat kisah Muhammad Nafs Az-Zakiyah, yang merupakan keturunan Saidina Hassan, di mana Syiah hanya mengagungkan atau mengangkat seputar Saidina Hussein sahaja.

Bab kelima menyambung perbincangan antara Badrul dan Rashid. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, walaupun Rashid mencuba untuk mendapatkan pandangan yang menyelebelahinya namun Badrul tetap dengan pendiriannya bahawa sesuatu hadis mesti dinilai berdasarkan disiplin ilmu hadis yang betul. Walaupun Rashid mencuba pelbagai alasan termasuk merangka metafora yang sepatutnya 'menjerat' Badrul, namun kawannya itu tetap dengan pendiriannya.

Gagal mendapatkan pandangan positif dari Badrul, cerita diteruskan kembali antara Rashid dan Nasri. Saya kira tidak perlu diulas panjang tentang perbincangan seterusnya kerana ia menyentuh lebih dalam tentang raka-raja Pasai dan perkaitan dengan Perlak. Anda boleh membaca lebih lanjut di dalam buku ini.

Bab keenam dan terakhir,  lebih menceritakan tentang luahan hati Rashid. Ia berkisar tentang usahanya untuk menerbitkan buku yang akan menceritakan pengalamannya menelusuri sejarah diri dan bangsa. Kemudian ia terus melayang-layang kepada isu orang kaya, ahli politik dan golongan oportunis yang menipu dan mengamalkan faham matlamat menghalalkan cara.

Istilah 'home sweet home' muncul lagi. Sepanjang saya mengenali Merah Silu, beliau selalu mengomel tentang home sweet home yang pernah hilang dari hidupnya dulu. Tentang Nur dan orang-orang di sekelilingnya. Tentang kehidupan ala hippiesnya sewaktu muda. Tragedi seorang graduan Matematik dari Universiti of London yang kemudian bergelandangan tanpa harta-benda mencari pengertian diri. Bunyinya macam kisah-kisah ahli sufi, kan? Mungkin kurang untuk dipercayai namun itulah hakikat pengalaman seorang pengembara kehidupan yang bergelar Merah Silu.

Namun, saya gembira kerana Merah Silu akhirnya bertemu dengan 'home sweet home' di tangan seorang wanita berwajah lembut dan penuh keibuan.



Rumusan






Bertuahnya, anda boleh bertemu dengan penulis, Merah Silu @ Radzi Sapiee di Pesta Buku Selangor bertempat di SACC Shah Alam, 31 Julai ini pada Ahad pukul 1 hingga 2 petang.


 Apa yang menarik tentang buku ini adalah pengalaman penulis yang dicorakkan dengan bersahaja antara pengalaman merantau ke negara orang, perbincangan dengan beberapa rakan ketika ingin menceritakan sesuatu topik dan luahan hati.

Ini adalah satu-satunya travelog peribadi bernuansakan sejarah yang saya kira pernah ada di negara ini. Mungkin ada yang lain, namun ini lebih berjiwa dan 'deep'. Saya lebih merasa begitu kerana saya tahu kisah di sebalik cinta aneh antara Rashid dengan Nur yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini dan kehidupannya yang tidak tentu arah selama 4 tahun bergelandangan ke sana ke mari dan menumpang di rumah Pak Syed di Janda Baik. Anda yang selalu membaca tulisan beliau sudah tentu dapat mengagak siapakah 'Pak Syed' ini. 

Amat menyentuh perasaan jika anda membaca buku-buku Merah Silu dengan pengetahuan yang mendalam tentang era 80-an ke era 90-an seperti yang selalu digambarkan. Ia bukan sekadar travelog biasa. Ada rahsia di dalam rahsia yang ditinggalkan oleh penulis. Bagi saya, kisah percintaan Rashid dengan Nur umpama lagu She's Gone.

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

































Perihal Buku & Perkembangan Terbaru

$
0
0






Salam semua,

Okay tak Srikandi posing? Bolehla tu. Baju kurung yang saya pakai tu baju kurung raya. Saya posing dengan dua buku saya; Baiduri Segala Permaisuri dan Emas Para Dapunta & Maharaja.

Sini saya nak kongsikan sedikit pasal perkembangan terbaru saya dalam isu-isu sekitar sejarah dan juga perkembangan buku-buku saya. Menariknya, buku-buku saya laku keras di pasaran terbuka. Buat pengetahuan pembaca, buku-buku saya dipasarkan di rangkaian kedai buku MPH, Kinokuniya, Lejen, FIXI, Terfaktab dan insya Allah akan masuk Popular.






Ketika ini di Kinokuniya, Emas Para Dapunta & Maharaja telah kehabisan stok. 





 Baiduri Segala Permaisuri telah mencapai tahap bestseller di Kinokuniya.
Kinokuniya ini adalah rangkaian kedai buku antarabangsa yang berasal dari Jepun.


Bercerita tentang Emas Para Dapunta & Maharaja, ia sekarang masuk cetakan ketiga dan untuk itu ia telah dikeluarkan dalam bentuk edisi baru dengan grafik kulitmuka yang baru.







Baru kena dengan tajuk dia. Kalau anda pandai, anda pasti tahu siapa nama raja yang pegang pedang di dalam 'duit syiling emas' pada cover baru buku ni.








Buku saya di rangkaian buku MPH.






 Buku saya juga diedar oleh penerbit indie seperti FIXI.






Gerak Budaya juga mengedar buku saya.







Perbualan saya bersama rakan-rakan tentang buku-buku saya yang kehabisan stok. "Siapa yang habiskan buku2 saya?Pelik betul," sebenarnya usik-usik sahaja. Sebab saya fikir saya menulis tentang topik sejarah, sudah tentu bukan topik yang diminati malah membosankan bagi kebanyakan orang.

Mesti ada yang terkejutkan pasal benda-benda ni. Memang sesetengah orang menyangka saya ni hanya layak sebagai so-called "blogger" sahaja. Memang dulu saya blogger tapi sekarang saya published author.

Saya keluarkan buku-buku fizikal dan jual di pasaran terbuka, bukan jual dalam tenet je. Buku saya keluar dalam akhbar tempatan dan diulas dalam media-media liberal dan propembangkang. Rilek je.

Kunci dia ialah: kalau kita tegas dan tetap pendirian kita, orang lain akan hormat prinsip kita, kawan dan lawan akan respek kita. You see?

Kalau kita takut itu takut ini...takut diketawakan...takut dikritik...maka orang lain akan memandang rendah kepada kita. Akhirnya kita benar-benar dibuli dan ketakutan yang kita takuti itu benar-benar hinggap atas batang hidung kita.

Mark my word.

Terkini, saya terlibat dalam menyiapkan satu kertas cadangan yang akan dipanjangkan ke kementerian. Kertas cadangan ini bertujuan untuk penambahbaikan subjek sejarah di negara kita.




Ia diuruskan oleh bakal pemimpin dan generasi pelapis kepada kepimpinan negara kita. Juga pembaca tulisan-tulisan saya.

Kepentingan proposal ni, kalau tak mengubah senario sekarang, ia akan nampak kesan pada generasi akan datang. Bila dibentangkan depan kementerian nanti, sekurang2nya akan ada pegawai yang maklum akan benda2 ni.

Mesti sesetengah orang yang tak suka apa yang saya buat atau memang anti-Srikandi terkejut beruk macam mana "blogger" atau "pengguna media sosial" boleh diminta terlibat dalam proposal ke kementerian ni???Sebabnya...saya bukanlah apa yang mereka sangkakan.

:D


Jangan sangka tangan yang mengayun buaian itu tidak mampu menggoncang Sejarah Melayu huhu...tetapi saya masih perlukan hero-hero Melayu untuk gerakkan kekuatan, Sebab mereka yang jalankan semua jabatan, NGO, pertubuhan dan sebagainya. Lelaki memang kena meneraju.

Okayla, setakat ini Srikandi kongsikan perkembangan diri Srikandi pada anda semua.

Ingat, membaca untuk melawan kebodohan. Membaca sejarah untuk menentang buta sejarah.







~Srikandi












Proposal Buat Kementerian

$
0
0







Jika ingin meracun pokok racunlah akarnya, jika ingin meracun bangsa maka racunlah sejarahnya. Maka tuan-tuan dan puan-puan, itulah sebab orang luar menjaga sejarah masing-masing, membina muzium, membuat filem-filem sejarah, melakukan ekskavasi arkeologi, menterjemah manuskrip, memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan pelbagai lagi...dengan bersungguh-sungguh.

Banyak pengajaran dari sejarah yang dapat kita pelajari. Contohnya jika kita perhatikan, apabila orang dulu-dulu berpecahbelah, tamakkan takhta, khianat, tikam belakang bangsa sendiri, bersekongkol dengan pihak asing...maka keputusan dari semua itu adalah dijajah, dijarah dan diperah hasil buminya. Simple formula, you see? Para pegawai penjajah siap menuliskan sejarah untuk kita. Mengecop Hikayat Merong Mahawangsa sebagai 'dongeng' tetapi mengangkat 'hikayat' Beowulf sebagai "the most important works of Old English literature". Melabel Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Kedah sebagai 'mitos' atau 'sastera sejarah' dan menyanjung Magna Carta sebagai 'charter' dan "the greatest constitutional document of all times".

You see? Kita boleh putarbelit kenyataan sejarah untuk memperbodohkan sesetengah orang atau semua orang sekaligus. Itulah yang berlaku kepada sejarah kita sejak bertahun-tahun dan menyebabkan sesetengah dari kita begitu 'inferior' dengan sejarah sendiri, kecut segala keberaniannya. Adalah penting untuk kita memandaikan diri sendiri supaya tidak menjadi versi Pak Kaduk memang sorak kampung tergadai. Kita kadangkala hanyalah juara sorak untuk menjatuhkan sejarah sendiri. Sad but true.



Para pembaca juga berkongsi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah



Sebagai salah seorang yang terlibat dalam kertas cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah di Malaysia bagi rujukan kementerian, saya selalu mengingatkan kepada diri saya tentang baik dan buruk dalam sejarah, hitam dan putih hakikat sejarah itu sendiri. Warna yang ingin dicorakkan bergantung kepada diri sendiri, sama ada mengambil pelajaran dari kegelapan sejarah, atau bermuram durja, berpenglipurlara berkabung mengutuk diri sendiri berabad-abad lama, tidak bergerak-gerak.

Sebaliknya, kita boleh meraikan kegemilangan sejarah dengan memotivasikan lagi diri, atau membantutkan diri dengan pi mai pi mai tang tu mengecam dan merendah-rendahkan sejarah. It's up to you. Depend on your piece of brain.

Minda kita akan menjadi asbab untuk menentukan kita sama kita bebas atau dijajah, dihormati atau dikeji. You choose it.

Proposal ini, jika bukan hari ini, maka generasi akan datang akan melihat kesannya. Belajar sejarah untuk melawan buta sejarah. Walau apapun yang melanda, kerasnya perjuangan itu...there I keep chanting for your forgotten history.

Terimakasih kerana membaca tulisan-tulisan saya dan setia bersama saya.







Kajian Kes : Buku-buku Srikandi di Pasaran Terbuka

$
0
0
kredit: Taman Pustaka





Oleh kerana banyak aduan daripada pembaca seluruh negara yang mengadu buku-buku saya kehabisan stok di kedai-kedai buku terutama di rangkaian MPH, maka saya dan dua orang rakan telah 'turun padang' ke MPH Nu Sentral untuk menyaksikan sendiri apakah yang berlaku sebenarnya di luar sana.

Sebelum itu, apabila kita membicarakan tentang buku-buku bernuansa sejarah khasnya  yang membicarakan seputar sejarah Melayu, ia bukanlah senantiasa atau biasa menjadi 'budaya pop' di tangan pembeli. Buku-buku yang laku di pasaran kini adalah novel-novel cinta atau buku-buku pojok yang santai. Kecuali genre novel-novel sejarah Islam contohnya garapan Abdul Latip Talib yang sambutannya amat memberangsangkan.

Okay, mari kita tengok apa yang saya dan rakan-rakan ( Firdaus & Aina) saksikan di MPH Nu Sentral petang semalam.






Buku saya diletakkan di rak politik. Memang pada mulanya kami mencari-cari buku di rak penerbit indie, namun tiada. Akhirnya ia ditemui di rak ini. Cuba teka tinggal berapa?

Tinggal 1 sahaja! (Baiduri Segala Permaisuri) manakala Emas Para Dapunta & Maharaja langsung tiada. Menariknya pada rak yang sama terdapat buku Hang Tuah Catatan Okinawa yakni kajian bukti-bukti dari Kerajaan Ryukyu tentang kewujudan Hang Tuah oleh dua orang pensyarah UPM, Prof. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Terdapat 7 buah buku di situ. Saya telah memilikinya sebelum ini.





Kami juga menemui buku Prof. Ahmat Adam, Antara Sejarah & Mitos yang berkisar kritikan kepada kewujudan Hang Tuah dengan gaya orientalis seperti R.J Wikinson dan R.O Winstedt. Jumlah buku ini di rak juga berjumlah 7 buah. Buku ini diletakkan di rak 'Bacaan Umum'. Buku ini juga saya telah membelinya sebelum ini.

Tidak berpuashati, Firdaus cuba bertanyakan salah seorang staff di situ. Selepas menyemak, staff MPH memberitahu Baiduri Segala Permaisuri memang berbaki 1 sahaja dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah lama sold-out. 

 Saya dan Aina pula pergi ke komputer yang disediakan untuk menyemak baki buku. Apa keputusannya? Adakah benar apa yang saya lihat di rak atau apa yang dilaporkan oleh staff MPH?


klik untuk BESARKAN



Baiduri Segala Permaisuri hanya berbaki 1 dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah kehabisan stok. Benarlah apa yang saya lihat di rak dan laporan staff MPH tersebut.




Baiduri Segala Permaisuri yang laku keras di Kinokuniya dan kehabisan stok





KESIMPULAN

 










Apa yang dikatakan oleh profesor saya ketika memberikan 'final project' ini kepada saya:

"Kalau kamu ingin sejarah dibaca masyarakat, maka jadikan ilmu sejarah kamu turun ke tengah masyarakat."

...adalah terbukti benar. Dalam persaingan industri buku di open market macam di kedai-kedai buku begini, buku-buku 'final project' saya sebagai kajian kes menjadikan bacaan bernuansa sejarah 'turun ke tengah masyarakat' adalah berjaya malah lebih dari itu.

Memang ada benda tricky kat situ. Ada sesetengah orang yang turun ke tengah masyarakat, buat seminar, talk sana-sini, namun ilmu sejarahnya tidak pernah turun kepada masyarakat itu. You see?

Rahsianya ialah orang ramai akan membaca sejarah yang memberi nilai kepada diri mereka, atau faedah kepada diri mereka, sama ada memacu motivasi untuk mereka terus ke hadapan atau memberi mereka nasihat untuk menghindar bahaya dan kesilapan. Tanpa nilai dalam pengkisahan sejarah, masyarakat akan memandangnya sambil berlalu, tanpa ada apa-apa kepentingan bagi mereka.


"last piece..."










Justeru, kita boleh lihat, bagaimana masyarakat tidak mahu terus dibangsatkan. Mereka sebagai manusia, fitrahnya lebih cenderung kepada motivasi dan galakan. Dalam konteks ini, melalui pembacaan sejarah.

Melalui pembacaan sejarah, masyarakat akan belajar bagaimana membentuk peribadi dan jatidiri yang kental sama ada melalui faktor motivasi dari kisah-kisah positif dan kegemilangan dari sejarah, atau pelajaran serta  iktibar dari kesilapan, tragedi atau peperangan. Justeru di sini, kita boleh lihat, bagaimana datangpun pengkisahan sejarah itu, kita dapat mengesktrak kelebihan atau keuntungan darinya.


                                                      ---------------------<<<>>>---------------------




Nota: Buku-buku Cik Srikandi boleh didapati seluruh rangkaian MPH, Terfaktab, Fixi, Lejen dan sebagainya. Boleh menghubungi Srikandi di:

Emel: srikandisejarah@gmail.com
Fanpage: https://www.facebook.com/srikandisejarah
Senarai buku-buku Cik Srikandi:  http://goo.gl/CYZa4H




Srikandi Mengulas: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masehi (5 bab awal)

$
0
0







Salam semua,



Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun



 

Srikandi agak perasan sibuk semenjak dua menjak ini. Maklumlah dapat APC tahun ni. Orang pun mulalah bagi tugasan itu dan ini. Padahal Srikandi junior lagi. Tapi itu tak mengapa sebab Srikandi memang suka bidang yang Srikandi ceburi ni. Bila kita suka dengan apa yang kita buat, ia seolah-olah bukan kerja bagi kita tetapi semacam hobi pulak. Hobi di masa lapang. Macam gitulah lebih kurang. :D

Apa yang Srikandi melalut ni. Okay, sini ada buku yang nak diulas. Tajuk dia ialah: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun ke-16 Masihi : Satu Tinjauan Sejarah & Arkeologi. Ia adalah kumpulan artikel ilmiah dari pelbagai penulis. Editor bagi buku ini ialah Nazaruddin Zainun dan Nasha Rodziadi Khaw. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ia mengandungi 10 bab atau 10 artikel yang disumbang oleh 14 orang penulis yang berlatarbelakangkan bidang masing-masing, umumnya menjurus kepada bidang sejarah dan arkeologi. Srikandi akan ulas secara ringkas tiap-tiap bab. Dalam posting ini Srikandi ulas 5 bab awal dulu.

Okay, kita mulakan bab pertama.

Bab pertama: Taburan Ruangan Kerajaan Melayu Awal di Semenanjung Tanah Melayu Sehingga Kurun ke-15, menyentuh tentang kaedah atau metodologi bagi mendapatkan data-data tentang kerajaan-kerajaan Melayu awal di semenanjung. Antara kaedah itu adalah:

1) GIS (Geographic Information System)

2) ANN (Average Nearest Neighbour)

3) Kernel Analysis

4) Central Feature Analysis







Saya tertarik dengan satu subtopik "Melayu" yang menekankan bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung dan bukannya datang dari China atau sebagainya. Artikel menegaskan teori sarjana asing yang menyatakan kononnya orang Melayu datang dari arah China pada zaman Neolitik adalah disanggah oleh sarjana tempatan, sementelah sebenarnya orang Melayu telahpun ada sejak Zaman Batu lagi, mendiami sepanjang Segenting Kra dan utara Tanah Melayu.

Bertitik tolak dari itu, orang Melayu telah membuka beberapa kerajaan di semenanjung Tanah Melayu khususnya. Ini termasuklah Kedah Tua, Langkasuka, Pan-pan, Chih-tu dan sebagainya. Semua kerajaan-kerajaan ini berhubung melalui perdagangan sesama mereka di sepanjang pesisir pantai, di muara sungai hinggalah pedalaman.

Bab kedua: Hubungan China-Semenanjung Tanah Melayu Sehingga Abad ke-14 Masehi mengungkapkan tentang kronologi hubungan kerajaan-kerajaan Melayu dengan China. Di sana terdapat tiga sumber atau rekod dari China yang mengungkapkan hubungan ini. 

1) Cerita dinasti: dikompilasi oleh pegawai istana pada hujung sesebuah dinasti.

2) Ensiklopedia China: koleksi penulisan sejarah atau historiografi lebih awal.

3) Topografi: catatan topografi oleh pelayar China




Daripada semua sumber di atas, sejarahwan dapat membuat gambaran bagaimana keadaan sosio-politik dan ekonomi pada masa silam di perairan Nusantara khususnya sekitar semenanjung. Saya tertarik dengan satu kerajaan di semenanjung bernama 'Fu-Kan-Tu-Lu' dan 'Shen-Li' (dalam sebutan China) yang membuat hubungan dengan Maharaja Wu-Ti daripada Dinasti Han pada tahun 141 hingga 87 Sebelum Masehi berdasarkan rekod Chi'en Han Shu. Ini satu data yang boleh dikatakan baru kerana belum popular didengar dan dibaca oleh kita selama ini. Kajian lanjutan hendaklah dibuat untuk menghuraikan lebih mendalam kedua-dua kerajaan awal ini.




Bab ketiga: Perhubungan Perkapalan dan Perdagangan Nusantara-China Sejak Zaman Awal mengupas tentang jalan perdagangan, kegiatan perkapalan termasuk membawa barangan dan mengangkut penumpang serta hubungan ekonomi maritim antara kerajaan-kerajaan Nusantara dengan China pada zaman-zaman awal. Sesuatu yang agak menarik kerana secara faktanya, pelaut Melayu bergiat aktif sebagai perantara dalam kegiatan perkapalan di Nusantara dan ini terakam kemas dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyaksikan Merong sendiri sebagai pengendali Kunlun-po yakni jong atau perahu yang digunakan oleh pelaut Melayu untuk mengangkut penumpang dan barangan.

Kupasan tentang hubungan perdagangan ini banyak berkisar kepada para pedagang China yang datang berdagang ke Nusantara. Hakikatnya memang kurang pedagang dari Nusantara yang berdagang secara kekal di sebelah China berbanding pedagang China yang datang berdagang di Nusantara, tinggal di sini, dan beranak-pinak di sini. Kupasan merentasi zaman Kantoli, Moloyu, Srivijaya, Melaka, Aceh dan perdagangan era kolonial.

Bab keempat: Hubungan Ufti China-Dunia Melayu Sebelum Masihi Hingga Kurun ke-11 Masihi: Satu Analisis pula memaparkan hubungan berbentuk 'diplomasi ufti' yang mana budaya menghantar ufti dan hadiah bagi tujuan berkenalan dan berdagang dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dengan China. 

Perlu ditekankan di sini, walaupun ada pihak yang menganggap bahawa memberi ufti ini umumnya sebagai tanda mengiktiraf supremacy entiti yang menerima ufti, ini bukanlah maksud sebenar atau keseluruhannya bagi tujuan kerajaan-kerajaan Melayu berbuat demikian. Hubungan ufti ini lebih kepada simbiosis menang-menang di antara mereka dengan China, dengan objektif mendapatkan keuntungan di antara kedua-dua belah pihak.

Apabila saya melihat sekali lagi nama kerajaan 'Fu-Kan-Tu-Lu' dan 'Shen-Li' muncul lagi yang mana tercatat keduanya memberi ufti ketika zaman Dinasti Han, maka saya mula terfikir, salah satu kesan hubungan ufti ini adalah semacam 'pengiktirafan' juga dari sebelah pihak China kepada kerajaan yang memberi ufti dan ini dicatatkan nama kerajaan itu di dalam rekod dinasti mereka. Jika kedua kerajaan ini tidak memberi ufti, kita tidak kan tahu ada kerajaan di semenanjung yang wujud ketika Dinasti Han. Malah saya rasa ramai tidak tahu nama dua kerajaan ini (walau dalam sebutan China).





Bab kelima: Kesan Kebangkitan & Kemerosotan Kedah Tua: Kesan Perkembangan Srivijaya & Dasar Dinasti Sung mengungkapkan kaitan naik dan turun kerajaan Kedah Tua berkait rapat dengan perkembangan Srivijaya yang bertindak sebagai 'konglomerat perdagangan' maritim pada masa itu dan juga polisi atau dasar Dinasti Sung, yang mana ia mempengaruhi pergerakan perdagangan Srivijaya dan ini secara tidak langsung mempengaruhi juga ekonomi Kedah Tua.

Kita seharusnya faham apakah peranan dan fungsi sebenar Srivijaya sebagai 'konglomerat perdagangan'. Srivijaya bertindak sebagai penguasa entrepot yang juga berfungsi sebagai feederport yakni tempat pengumpulan segala barangan dari seluruh negarakota atau pelabuhan yang bergabung di bawah kumpulan atau persekutuan atas nama Srivijaya. Srivijaya akan membawa semua barangan ini dan diperdagangkan ke China atau menjalankan kegiatan eksport-import di pelabuhan utamanya seperti di Kedah Tua. Inilah punca Kedah Tua dan pelabuhan-pelabuhan pesisir lain di Selat Melaka khasnya menjadi kaya-raya. Hubungan ufti juga menjadi faktor di mana kawalan perdagangan adalah berdasarkan hubungan ufti ini.

Saya melihat ada dua cara polisi ini dijalankan:

1) Perdagangan hanya diterima dari entiti yang diiktiraf. Tanpa entiti yang diiktiraf, ibarat tidak boleh 'open table'. Dalam kes ini, hanya kapal-kapal yang membawa nama Srivijaya sahaja yang boleh berdagang dengan Dinasti Sung sebagai contoh. Pedagang dari negeri lain tidak akan lepas atau tidak mendapat keistimewaan berdagang dengan baik berbanding Srivijaya.

2) Kapal-kapal milik kerajaan China yang akan berdagang hanya di pusat entrepot di pelabuhan-pelabuhan yang bersekutu dengan Srivijaya.

Namun apabila polisi berubah di penghujung era Dinasti Sung, di mana polisi monopoli dihapuskan dan konsep perdagangan bebas diamalkan, ini menjejaskan keistimewaan bagi pusat-pusat entrepot Srivijaya terutamanya Kedah Tua. Kapal-kapal kerajaan dari China bebas berdagang ke mana-mana pelabuhan di Nusantara. Negeri-negeri berasingan juga bebas berdagang dengan China. Ini menjadikan persaingan yang tidak menguntungkan kumpulan Srivijaya yang menghadapi perpecahan. Lama kelamaan pelabuhan Kedah Tua mula merosot dan akhirnya ditinggalkan selepas abad ke-13 Masehi.




RUMUSAN









Membaca buku ini (setakat 5 bab awal ini), saya merasakan tidak begitu klise dengan pandangan-pandangan yang biasa diutarakan sarjana luar yang bias. Inilah yang saya maksudkan dan mahukan. Ada orang yang sentap atau terasa tak bersebab dek kerana saya selalu mengingatkan bahawa jangan terlalu obses dengan pandangan pegawai kolonial kerana disamping pandangan yang bias, pandangan mereka ketinggalan zaman. Saya bukan berkata tentang data-data atau usaha-usaha penulisan sejarah yang mereka kumpulkan, tetapi PANDANGAN, KESIMPULAN dan GENERALISASI yang mereka simpulkan tentang kita dan sejarah kita. Pandangan itulah yang pertama sekali mesti ditapis, bukan diangguk mentah-mentah tanpa menggunakan akal. 

Tak tahulah pula pegawai penjajah itu masih dirasakan 'tuan' atau 'master' bagi dirinya seperti kebanyakan orang pada zaman kolonial. Bagi saya yang hidup di zaman pasca-merdeka ini, takperlulah obses sangat dengan historiografi yang dibuat mereka. Gerakkan akal untuk menapis pandangan dan maklumat dari mereka. Mereka bukannya nabi atau Tuhan. Mereka manusia biasa macam kita. :D 

Dengan membaca tulisan para sarjana tempatan begini, dengan kajian rapi dan terperinci, kita boleh lihat dakwaan-dakwaan pegawai kolonial itu boleh disanggah.

Kita akan sambung 5 bab terakhir selepas ini.



~Srikandi







Srikandi Mengulas: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masehi (5 bab akhir)

$
0
0



Salam semua,


Srikandi akan menyambung ulasan 5 bab akhir pula untuk buku Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun ke-16 Masihi : Satu Tinjauan Sejarah & Arkeologi. 

Okay, kita mulakan dengan bab keenam.

Bab keenam: Perdagangan Dunia Melayu-China: Kajian Kes Kerajaan Awal di Kelantanmembongkarkerajaan awal di Kelantan yang tidak ramai memberikan fokus kepadanya. Kita sedia maklum bahawa sejarah Malaysia terutamanya di semenanjung banyak tertumpu di sebelah pantai barat seperti Melaka dan Kedah namun di sebelah pantai timur agak kurang popular. Padahal, berdasarkan rekod-rekod imperial China, mereka juga mencatatkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan di sebelah pantai timur contohnya kerajaan Fo-lo-an, Pan-pan, Tan-tan dan yang paling diberi perhatian, Chih-tu.

Bab ini banyak menekankan kepada kerajaan Chih-tu.Kerajaan Chih-tu ini dalam sebutan China, ia juga sebenarnya bermaksud 'Tanah Merah' atau dalam bahasa Sanskritnya Raktamrttika. Menariknya, nama 'Raktamrttika'ini ditemui pula tercatat pada Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Pulau Pinang. Menurut bab ini, ia menunjukkan bukti kewujudan kerajaan Tanah Merah ini. Saya amat bersetuju dengan penemuan dan kajian para sarjana tempatan dalam hal ini, sebagaimana yang disebut di dalam bab keenam ini. Ada facebooker yang merepek mengatakan Raktamrttika adalah merujuk kepada biara di India namun ini adalah salah sama sekali kerana terjemahan pada Prasasti Buddhagupta itu menunjukkan ia bermaksud 'kerajaan' atau 'wilayah' berbanding sebuah biara atau pusat pengajian. Biara di barat Bengal itu dikenali sebagai Lo-to-mi-chih dalam rekod China, bukannya Chih-tu yang bermaksud yang sama dengan Raktamrttika padaPrasasti Buddhagupta. Tambahan pula usia Prasasti Buddhagupta dicatatkan selari dengan kebangkitan Chih-tu yakni abad ke-6 Masehi berbeza dengan biara di Bengal tersebut muncul pada abad ke-7 Masehi dan dilawati oleh Xuanzang, seorang sami China.




Chih-tu ini adalah kerajaan yang maju dan bertindak sebagai feederport kepada pelabuhan Oc-Eo di Delta Mekong, yang umum dikaitkan dengan Funan. Nama jawatan-jawatan dalam sistem pentadbirannya siap disebut dalam rekod China dengan terperinci seperti To-Na-Ta-Cha, Chia-Li-Mi-Chia dan sebagainya. Kajian tentang Chih-tu ini masih berjalan dan diharap lebih banyak penyelidikan dilakukan tentangnya memandangkan kerajaan ini amat penting kerana ia dapat mengungkap lebih banyak 'missing link' di antara Funan dan Srivijaya awal.

Bab ketujuh: Seramik Perdagangan di Sungai Batu Lembah Bujang, Kedah meliputi perbincangan tentang penemuan dan kajian seramik perdagangan di Sungai Batu. Kita sudah sedia maklum, Tamadun Sungai Batu telah diiktiraf sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara dengan pantarikhan sejauh 535 Sebelum Masehi. Terdapat berbagai-bagai jenis seramik telah ditemui di Sungai Batu menunjukkan betapa pesatnya kegiatan ekonomi di situ pada masa silam. Penemuan seramik zaman Dinasti Sung menunjukkan perhubungan dua hala antara penduduk Sungai Batu dengan para pedagang yang mengunjungi mereka. Ada subtopik yang menyentuh tentang tapak arkeologi di Sungai Batu termasuk kegiatan peleburan besi. Ini saya sudah banyak mengulas di lain-lain tulisan dan rasanya tak perlu diulas lagi.

Topik seramik perdagangan ini juga sesuatu yang menarik kerana dengan wujudnya penemuan seramik ini, maka ciri-ciri ketamadunan di Sungai Batu itu makin terbukti. Jika hanya ditemui kesan-kesan peleburan besi sahaja tanpa ada bukti-bukti terdapat produk lain yang datang dari luar, maka amat susah hendak mengaitkan terdapatnya aktiviti import-eskport atau jual-beli di situ. Dengan adanya bukti seramik perdagangan ini maka terbukti Sungai Batu pernah menjadi pusat kegiatan ekonomi yang rancak pada masa silam.






Bab kelapan: Tembikar Perdagangan Awal China di Malaysia: Tipologi dan Kronologi mengungkapkan kajian penemuan tembikar di Malaysia yang umumnya adalah tembikar-tembikar dari China. Tembikar-tembikar itu datang dari era dinasti-dinasti seperti Tang, Sung, Yuan dan Ming. Apa yang menarik ialah dengan melihat jenis dan warna sahaja sebagai contoh, kita dapat mengetahui tembikar-tembikar itu datang dari zaman mana.

Tembikar-tembikar ini ditemui di merata tempat seperti di Lembah Bujang di Kedah, Jenderam Hilir di Selangor, Pulau Tioman, Kemaman di Terengganu hinggalah di Johor. Penemuan ini menunjukkan wujudnya perdagangan yang rancak pada masa silam di antara masyarakat sini dengan orang luar yakni dengan China. Ini menunjukkan juga wujudnya kerajaan yang mentadbir urusan perdagangan itu.

Bab kesembilan: Penemuan Seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah membincangkan tentang Sungai Mas di Kedah yang merupakan medium perdagangan yang pesat pada masa silam. Penemuan banyak artifak dan prasasti di sekitar Sungai Mas adalah bukti wujudnya kerajaan yang berdagang di situ. Di antaranya ialah Prasasti Sungai Mas I dan Prasasti Sungai Mas II.

Sama seperti penemuan seramik di Sungai Batu, produk yang sama ditemui di Kampung Sungai Mas. Sesuatu yang menarik adalah Sungai Mas ini adalah tapak tertua berbanding Pengkalan Bujang dan kawasan sekitarnya dengan penemuan artifak sejauh era Dinasti Tang (618-906 Masehi).

Bab kesepuluh dan terakhir: Jumpaan Seramik Beruas Bukti Hubungan Dagangan Dengan China meliputi perbincangan tentang penemuan seramik di Beruas, Perak. Sebenarnya Beruas juga adalah salah satu tapak arkeologi yang penting kerana kegiatan perkilangan bijih timah berjalan sejak awal Masehi lagi sehingga zaman Kesultanan Melaka. Ini memang jarang dari kita mengetahuinya. Sebab kegiatan perkilangan bijih timah inilah munculnya nama 'Perak' yakni warna produk dari bijih itu yang berwarna keperak-perakan. Saya lebih berpegang pada pendapat ini.

Saya tertarik dengan peta jalan perdagangan yang dipaparkan di dalam buku ini. Ia adalah sama dengan teori saya tentang jalan perdagangan awal yakni era awal Srivijaya sehingga ke puncak kegemilangannya.





Premis saya sangat mudah : Pelayar akan mengambil jalan paling singkat yang mungkin, dalam konteks ini, para pelayar sama ada dari arah Lautan Hindi mahupun Laut Champa akan berlayar mengelilingi semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah peta lakaran saya dalam bab: Misteri 末羅瑜國  Dalam  南海寄内法  dalam buku saya Baiduri Segala Permaisuri :




Saya masih ingat lagi ketika mengemukakan teori ini, ada pihak-pihak yang menyanggah saya dengan kemarahan yang amat sangat. Seperti biasa, orang yang tidak berpuashati dengan saya hanya tahu marah-marah namun tidak mampu memberikan apa-apa bukti yang konkrit. Salah satunya ialah dalam kes jalan pelayaran I-Tsing.

Berbalik kepada perbincangan dalam bab ini, saya cuma tidak bersetuju dengan pernyataan pelabuhan Gangga Negara dikuasai kerajaan Chola. Dalam Prasasti Tanjore sekalipun perkataan 'Gangga Negara' itu tidak disebut walaupun perkataan itu memang berasal dari Sanskrit. Yang menyebut tentang Gangga Negara hanyalah di dalam Sulalatus Salatin dan tercatat dalam peta Claudius Ptolemy. Jadi para pengkaji haruslah berhati-hati dengan perkara ini di masa akan datang.

Seterusnya dinyatakan kronologi pelabuhan Gangga Negara yang diganti oleh kerajaan Beruas dan ini terbukti dengan penemuan pelbagai artifak di sekitar Kampung Kota dan makam-makam raja Beruas. Ingin saya tandakan di sini tentang penemuan susunan granit berusia abad ke-2 Masehi di Terong dan ini bertepatan dengan catatan Ptolemy di petanya pada abad yang sama. Menarik bukan?




Rumusan 



 


Secara keseluruhannya persembahan buku ini adalah memuaskan. Ini adalah antara contoh bagaimana para sarjana tempatan membuat kajian sendiri tentang sejarah tempat tinggalnya, juga sejarah bangsanya sendiri.Sarjana tempatan mengambil juga data-data dari pengkaji sebelum mereka terutama para pengkaji luar namun mereka cuba menyesuaikan dengan dapatan dari segi arkeologi dan pandangan terbaru dalam kajian sejarah tempatan.

Saya pernah membaca buku-buku bernuansa sejarah yang dibikin oleh penulis tempatan namun amat obses dengan pandangan asing terhadap sejarah negaranya dan bukunya itu dipenuhi pandangan dari orang luar tanpa penulis itu sendiri mahu mengkritik atau mengemukakan pandangannya sendiri. Ini adalah sesuatu yang membenakkan fikiran dan hati sementelah kita bukanlah robot yang diprogram untuk menerima sahaja pandangan orang lain. Saya hanya tahu satu benda sahaja: orang seperti ini masih cetek pembacaan dan pengetahuannya tentang sejarah dan oleh kerana itu mereka tidak berkemampuan untuk mengkritik sekalipun. Ini dinamakan simptom kemandulan berfikir.

Akhir sekali, marilah kita menyokong bahan-bahan penulisan sejarah oleh sarjana tempatan kita yang terkini. Saya ulang sekali lagi, yang terkini. Kadang-kadang penulisan sejarah awal merdeka masih berbau orientalis dan berminda penjajah. Ini tidak pelik kerana perkembangan arkeologi masih kurang di waktu itu. Kini dengan majunya bidang arkeologi, sejarah dan genetik di negara kita, kita boleh menerangkan sendiri sejarah kita adalah begini dan begitu tanpa dicampurtangan oleh buah fikiran zaman penjajah yang lapuk dan ketinggalan zaman.







~Srikandi




















Buku-buku Srikandi di Pesta Buku Borneo 2016

$
0
0




Membaca adalah jambatan kepada pendidikan. Berapa ramai manusia yang berpusing-pusing di dalam kepompong kemiskinan dan kebuluran kerana tidak berjuang untuk pendidikan mereka? Membaca adalah senjata untuk pendidikan. Buku adalah peluru-pelurunya. Siapa yang ingin kamu bunuh?

Kebodohan. Membaca untuk melawan kebodohan.

Jadi bersempena dengan ini, Srikandi nak ajak warga pulau terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia ini supaya ramai-ramai ke Borneo Book Fair 2016 yang bertempat di 1Borneo Hypermall di Kota Kinabalu, Sabah.




Reruai kami yang siap sedia!



 Acara ini bermula dari 6 hingga 10 Oktober dan ia dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Jadi para pembaca dari Sabah dan Sarawak yang asyik mesej Srikandi dalam emel mahupun media sosial tentang buku-buku Srikandi bolehlah ke sana ya. Reruai kami ialah Booth 029 yang bernama 'Terfaktab Puteh'.

Jumpa kami di sana!


~Srikandi


Emas Para Dapunta & Maharaja: Ulasan dari Nazmi Yaakub

$
0
0








Memang banyak ulasan atau review bagi buku ini. Kali ini saya paparkan ulasan dari Tuan Nazmi Yaakub yang saya kira menarik dari segi pandangan seorang jurnalis yang disegani. Ulasan ini diambil dari Goodreads.



                                                                           ***********






Saya jarang memberikan perhatian kepada buku yang menghimpunkan catatan daripada laman sosial tetapi untuk buku ini, saya memberikan pengecualian. 

Ini kerana ia adalah sejarah bangsa sendiri yang selama ini diletakkan pada penjuru paling hina oleh pelbagai kelompok bangsanya daripada politikus dan aktivis yang ada kepentingan politik sempit kepada Melayu kelas pertengahan yang sudah fasih berbahasa Inggeris dan berbudaya Anglo-Saxon tetapi gagap dalam pembacaan serta budaya ilmu kepada Islamis yang menganggap Melayu itu assabiyah dan assabiyah itu ke neraka (hasil pemahaman simplistik yang salah dalam makna agama) serta kalangan bukan Melayu yang membaca sejarah dengan cermin mata dan kerangka fikir yang diberikan oleh imperialis yang sebahagiannya memiliki kepentingan politik sempit juga.

Memang buku ini menampilkan penulisan yang memiliki unsur dramatik dan sedikit bumbu sedikit romance yang barangkali kerana ia diambil secara langsung daripada media sosial tetapi ia tidak menjejaskan semangat dan substance hakikat sejarah bangsa Melayu yang besar serta masih dalam bentuk puzzle seperti yang ditegaskan oleh pengarangnya sendiri. Ini menjadikan buku ini ibarat sebuah penerokaan ala Tomb Raider atau lebih awal, Indiana Jones. Elemen emosi yang disuntik, mengangkat buku ini lebih jauh daripada new journalisme yang masih terhad elemen peribadinya.

Disebabkan ia dipindahkan daripada laman sosial, ia turut membawa nada kemarahan pengarang terhadap sejarawan dan pengkaji khususnya pemimpin yang dianggap malas membuat kajian lapangan dan hanya mengambil output daripada orientalis serta sarjana berkepentingan serta golongan yang gagal memahami hakikat sejarah bangsa Melayu yg kaya.







Memang sukar untuk membawa satu naratif besar bangsa Melayu selepas bangsa ini melalui penjajahan ratusan tahun daripada Portugis, Belanda hingga Inggeris yang bukan hanya menggunakan kuasa imperialisme, bahkan turut menghunus pena orientalisme yang beracun sehingga mengelabui dan mengherot-berotkan pandangan serta jiwa bangsa yang dijajah mereka. Kemudian, kita diberikan peta yang sudah dipetak-petakkan, buku yang sudah disunting dan diubah serta pemikiran yang sudah lama diserkup dengan penjajahan minda.

Apa yang dilakukan oleh pengarang dan sejarawan lain yang sebelum ini memanfaatkan media sosial untuk mengembalikan naratif sebenar suatu bangsa yang besar, masuk ke tahap yang seterusnya, iaitu penulisan sejarah yang diharap dapat memperbetulkan salah tanggap dan salah faham bangsanya sendiri.

Kita berharap mereka dapat membukukan naratif sebenar ini yang masih lagi terpecah-pecah untuk dihubungkan kembali dan dihidangkan dengan cara yang lebih baik lagi.




Nazmi Yaakub
Editor Sastera Berita Harian.

Teguran Kepada Seorang 'Pejuang'

$
0
0
Foto hanya hiasan






Salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan. Berdendam ini termasuk sifat-sifat lain seperti iri hati dan cemburu.

Berbeza pendapat dalam sejarah Melayu adalah perkara biasa, dan sepanjang saya mendidik masyarakat kepada sejarah Melayu yang praktikal dan bukan tahyul, memang ada pertembungan pendapat. Polisi saya, saya hanya fokus kepada pendapat dan hujah, apa orang itu nak buat, latarbelakang dia, kaya atau miskin...itu bukan masalah saya. Bergantung kepada orang yang saya lawan hujah, sekiranya dia datang dengan hormat, maka saya layan dengan hormat. Jika dia kurang ajar, mendapatlah.

Sebab itu, saya tidak kisah untuk siapa sahaja membantah pendapat saya dalam sejarah. Hujah lawan hujah. It's simple like that. Ini biasa bila saya berlawan hujah dengan orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu (cth: Cina/India yang datang dengan premis yang menyeleweng/salah tentang orang Melayu dan sejarahnya) apabila saya jawab hujah mereka dengan fakta, mereka akan cuba sangkal dan apabila gagal, mereka akan diam. Namun, kebanyakan orang Melayu (yang tiada pengetahuan dalam sejarah atau hanya poser), apabila gagal berhujah dengan saya, mereka akan lepaskan kemarahan dengan memakihamun, mengadu pada orang lain dan menghasut. Ada di antara mereka boleh setup satu group atau fanpage untuk melepaskan sakit hatinya kepada saya, ada yang melaporkan saya kepada polis (haha ini kemarahan tahap dewa) dan ada yang menghasut orang lain untuk menyaman saya. It's funny.


 
Foto hanya hiasan



Saya berkenalan buat pertama kalinya dengan seorang penulis dan bekas wartawan ini ketika acaranya yang pertama, yang dianjurkannya sendiri bersama sejumlah orang. Salah seorang dari mereka yang saya panggil Kak Anne telah mempelawa saya menyumbang satu slide di dalam acara itu. Setelah beberapa lama acara itu selesai, berlaku semacam konflik antara bekas wartawan itu dengan kawan-kawannya yang turut sama menganjurkan acara itu. Macam-macam saya dengar dari kawan-kawannya itu kepada saya. Sebab saya kurang mengenali bekas wartawan tersebut ketika itu, saya hanya melayan sahaja luahan mereka.

Namun hari ke hari, bersilihganti orang-orang yang saya tidak kenal mengadu di mesej fanpage saya tentang beberapa perkara tentang dirinya, yang akan saya diamkan sahaja sebab saya malas mahu campur hal orang. Namun salah satu isunya telah jadi kes semasa Pesta Buku Kuala Lumpur yang lepas. Ini buat saya terfikir sesuatu tetapi seperti biasa saya malas nak tambahkan cili atau perisa kepada mesej orang-orang yang memberitahu itu supaya saya berhati-hati dengan bekas wartawan itu. Saya ada banyak kerja lain.

Sebenarnya, ramai orang bercakap tentang dirinya yang agak sombong ketika mengendalikan acara anjurannya itu, tetapi beliau tidak sedar. Beliau ada naikkan satu status mengecam orang-orang di acaranya yang kononnya sombong (pulak dah) dengannya dan beliau mula memutarkan kembali cerita-ceriti certificate Universiti of London-nya untuk menyedapkan hati bahawa dirinya bukan lekeh tetapi masih memegang ijazah matematik (yang tak berapa function dalam hidupnya). Walhal, dirinya sendiri ada kesilapan dan ego yang amat besar. Sekali lagi, saya hanya menjadi pendengar kepada orang-orang yang mengadu tentang sikapnya itu.

Memang buku-bukunya hanya travelog peribadi. Elemen-elemen sejarah di dalamnya bercampur-aduk dengan kenangan-kenangan masa kecil, dan lawatannya ke makam-makam dan tempat sejarah. Jujur kata, saya tidak mengesyorkan untuk belajar sejarah terutamanya sejarah Melayu dari buku-bukunya sebab bercampur-aduk dengan cerita-ceriti Syiah dan pendapat-pendapat kawan-kawannya yang aneh. Ya, Syiah...dan memang ia jadi kes yang saya kira agak memalukan.


Foto hanya hiasan


Saya pernah berbeza pendapat dengannya, apabila beliau mengatakan 'Raja Suran adalah Rajendra Chola' dan beberapa pendapat lain yang pada saya adalah salah dan menyeleweng. Namun saya tidak sangka beliau begitu terasa dengan saya yang mengkritik pendapatnya itu sehingga ke hari ini. Sejak itu beliau menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya, dalam komen di fanpage atau statusnya sendiri. Tidak ada satu pun melawan hujah saya, tetapi hanyalah bibit-bibit tidakpuashati kerana saya kononnya terlalu lantang, menidakkan ilmu orang-orang tua yang lebih makan garam atau seumpamanya. Masalahnya, kalau terlampau makan garam sampai darah tinggi, memanglah saya akan menghindarkan diri dari orang-orang seperti ini. Hujah lawan hujah, itu sahaja. Tua atau muda saya tak pandang. Saya akan kritik sekiranya tidak betul, tinggal lagi saya akan layan mengikut gaya orang yang dikritik. Kalau dasar bebal, mendapatlah.

Beliau juga membantah kononnya saya menulis seolah-olah ingin menunjukkan kecantikan saya di status saya sendiri. Nak buat macam mana dah memang saya begini. Itu belum lagi saya selfie buat duckface. Itu akaun saya so saya punya pasallah. Kalau sakit hati, menyingkirlah. Memang beliau patut marah kerana saya pernah diminta gambar (untuk tujuan dijadikan isterinya-ini kisah lain) tetapi saya beri gambar kabur saja. Haha sorila saya sebenarnya sudah berpunya. :D :D :D

Dari semasa ke semasa, beliau tetap menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya di dalam status media sosial atau blog, mungkin ikut mood atau mungkin dihasut oleh haters saya. Namun saya buat don't know sahaja. Beliau buat begitu pada masa yang sama tag saya dalam acaranya (untuk tujuan promosi) dan minta diulas bukunya! Saya hanya menyokong sahaja atas dasar sesama bangsa dan orang Islam tambahan pula saya tahu beliau memang tiada proper job. Malah saya pernah bantu promosi dan ulas buku (chapter by chapter lagi) seorang penulis yang menyeru orang ramai bantu dirinya kerana nak tampung belanja dia sambung belajar, walaupun penulis itu kerap memburuk-burukkan saya di belakang! Seperti yang saya katakan tadi, saya bantu semampunya atas dasar sesama Melayu dan Islam, it's nothing personal.



Foto hanya hiasan


Berbalik kepada kisah bekas wartawan tadi, kadang-kadang memang saya menasihatkan beliau supaya cari kerja tetap dan bantu isterinya yang merupakan staff biasa di sebuah syarikat utiliti. Namun beliau sering menyangkal nasihat saya dengan menunjukkan kelulusan Universiti of London-nya dan berkata kalau dia nak kekayaan bagai dia mampu sebab ada kelulusan dan berkawan dengan orang-orang besar malah saudara-maranya juga ada berjawatan tinggi. Tapi itu mereka bukan kamu, bisik hati saya setiap kali beliau memberi alasan begitu.

Jika ditanya kenapa tak guna sahaja semua kelebihan untuk mencari rezeki, beliau berdolak-dalik dengan alasan orang perjuanganlah, tak pandang harta, ikut gerak rasa bla..bla... yang buatkan saya sedikit menyampah. Rasa menyampah itu semakin kuat apabila beliau kemaruk mencari isteri baru beberapa bulan lepas!

Apabila akaunnya kena verify oleh Facebook baru-baru ini cuba teka siapa beliau tuduh dulu kononnya akaunnya kena hack? Haha...orang yang selama ini didendami kerana kritik pendapatnya!

Selepas saya meminta penjelasan mengapa mesti berbohong menuduh saya hack akaunnya, beliau mula gelabah, meminta maaf kepada saya dan menyalahkan orang yang memecatnya dari satu yayasan dan bersangkutan satu aset yang bernilai tinggi yang mana musuhnya tidak mahu beliau masuk campur. Ya... bekas wartawan ini banyak musuh malah musuhnya ditahap ahli politik dan sebagainya. Biarlah saya simpan rahsia ini. Kecuali jika beliau cuba mencabar saya, ye lah...orang minta menjual, kita pun lelonglah.

Tetapi yang menarik, bekas wartawan ini lebih mendendami saya melebihi musuh-musuhnya yang sebenar, yang membuatkan beliau hilang mata pencarian serta merampas kekasihnya.

Sebab itu saya katakan, salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan.





~Srikandi
"Cik Puteh Inang Dua Belas"


Power of Knowledge

$
0
0







Saya fikir ini adalah sesuatu yang menarik. Walaupun sebenarnya bagi saya ia agak klise sebab saya sudah berkali-kali menghadapinya. Pihak yang berbohong tidak mampu menjawab hujah-hujah yang menyangkal apa yang tidak benar yang dituduhkan itu kepada sejarah Melayu.

Ada orang yang tidak suka saya menyebarkan pengetahuan dan keberanian mempertahankan sejarah di Internet, dan mereka (bangsa Melayu sendiri) memperlekehkan usaha saya dengan kata-kata 'hanya blogger' sahaja. Orang-orang ini memang berfikiran ketinggalan zaman. Adakah mereka tidak sedar bahawa majoriti anak-anak muda menghabiskan masa di media-media sosial, dan jika pengetahuan sejarah hanya dikurung di seminar-seminar, talk, acara-acara kebudayaan dan seumpamanya, maka bagaimana ilmu sejarah itu mahu sampai ke pemikiran dan perhatian anak-anak muda ini?

Ini zaman viral. Para sejarahwan, peminat sejarah mahupun poser sahaja, nak tak nak kena mengaku ramai berfesbuk bagai kini. Internet dah jadi satu keperluan, bukan benda mewah.

Jika mereka hanya berego besar, mengurung sejarah dalam arkib, muzium, perpustakaan, ceramah dan sebagainya, maka tunggulah anak-anak muda ini bangkit untuk menjahanamkan peradaban. Bagaimana nak atasinya? Dekati mereka di media-media baru yang menarik perhatian mereka. That's all.

Boleh bacaselanjutnya di sini:

Kajian Kes : Melawan Pembohongan Sejarah Dengan Kritis



~Srikandi


Buku Baru Tahun Depan!

$
0
0







 
Tahun depan insya Allah saya akan keluarkan buku baru.  Objektif untuk memasyarakatkan bidang sejarah tetap diteruskan. Bawa turun ilmu sejarah terutama sejarah Melayu kepada anak-anak muda.

Setakat ini ada dua projek. Satu projek buku memang rutin dengan penerbit saya sebelum ini (yang menerbitkan Emas Para Dapunta & Maharaja serta Baiduri Segala Permaisuri). Namun ada satu lagi projek buku bersama dua orang ahli akademik di mana seorang bertaraf profesor dan seorang lagi bergelar doktor.

Menariknya ahli akademik ini sudah nampak apa sebenarnya yang saya sedang buat :)

Memang sukar orang yang tidak memiliki latarbelakang sejarah dan disiplin ilmu untuk memahami metodologi yang saya cuba terapkan. Terutama sekali mereka yang memang buta sejarah atau hanya facebooker yang melihat sejarah dari pandangan sempit sempadan geografi yang dibuat oleh penjajah. 

Bertuahnya kini masyarakat dan anak-anak muda mula celik dan ingin tahu tentang sejarah mereka. Setiap hari berpuluh-puluh emel dan mesej di media sosial bertanyakan tentang sejarah kepada saya. Saya memohon maaf kepada penanya yang soalannya tidak sempat saya jawab, kadang-kadang bila saya scroll balik ke bawah, memang terdapat soalan-soalan yang saya tidak sempat baca.

Buku terbaru ini saya akan cakupkan dengan maklumat tentang dua tapak arkeologi kita yakni di Lembah Lenggong dan di Sungai Batu. Lembah Lenggong memang terkenal di dalam peta arkeologi dunia sebagai bukti kewujudan manusia yang tertua selepas penemuan di Afrika (rujuk UNESCO). Manakala Tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di Asia Tenggara.

Kedua maklumat tentang kedua-dua tapak arkeologi ini memang terhad capaiannya di kalangan umum. Saya akan cuba mempopularnya sebaik mungkin mengikut kemampuan yang saya ada. I'm walk the talk. Sememangnya terdapat kelemahan-kelemahan dalam tadbir-urus berkenaan maklumat-maklumat begini untuk sampai ke masyarakat. Saya sudah mengkritik badan-badan terbabit dan pada masa yang sama, saya cuba membantu mana yang patut. Usaha ini sedikit sebanyak menghasilkan kejayaan yang bukanlah setinggi gunung namun dapat mencakar awan. Buku-buku saya yang laris di pasaran dan perkongsian yang memberangsangkan di media sosial, juga indeks ranking tertinggi di dalam enjin carian Google misalnya adalah antara tanda aras usaha-usaha menggunakan media baru dan lama mampu menjana minat dan sifat ingin tahu atau inkuiri di kalangan masyarakat.

Memang saya mempunyai objektif tersendiri dalam bidang sejarah. Memperjuangkan sejarah bukanlah satu retorika sebagaimana sebilangan orang menyembang sejarah, namun nowhere. Mesti ada matlamat, objektif atau sasaran. Pendirian kena kukuh dan mantap. Jika kita takut-takut menyuarakan pendapat dan stand kita, maka lebih baik jangan berumah di tepi pantai jika berjiwa penakut kepada air dan ombak.

Apapun nantikan buah tangan terbaru dari saya.

Majulah sejarah untuk peradaban manusia.


~Srikandi





Manuskrip Buku Baru

$
0
0




Saya telah menghantar manuskrip buku terbaru pada penerbit minggu lepas. Jadi tunggulah Pesta Buku Kuala Lumpur nanti buku tu keluar. Kalau ikut perancangan, begitulah.

Jadi masuk ini dah kira hatrik-lah buku-buku saya. Buku-buku saya ni straight-to-the-point. Sejarah Melayu sebagai major. Kadang-kadang kita boleh lihat ada buku-buku ala-ala sejarah tapi dia macam diari peribadi. Sikit-sikit takpelah tapi ini dah macam kita baca biografi. Campur-aduk kisah-kisah masa kecil dan masalah diri sendiri macam masalah awek dan kerja bertukar-tukar atau 1001 satu memori dimuat masuk. Buku-buku saya tak macam tu, lagi-lagi buku ketiga ini lagi berat dari dua buku sebelum dia. Jadi kalau perasan, buku-buku saya mula dari Emas Para Dapunta & Maharaja konsep dia dari ringan keberat. Format dia pun macam tu. Dari format naratif kemudian format artikel-artikel ilmiah, kemudian ajak pembaca berfikir.

Buku ketiga ni ada sikit-sikit notakaki untuk memudahkan pemahaman dan rujukan disamping berlambak bibliografi belakang dia, yang menjadi rujukan dan rujuksilang saya. Rujukan dan rujuksilang ada beza tau. Kadang-kadang apa yang kita rujuksilang tu, tak semestinya kita ambil pendapat dia. Contoh, saya rujuk silang A dan B. Tapi saya cenderung kepada pendapat A dan menyiarkan rujukan B sebagai bibliografi itu sekadar material untuk rujuksilang sahaja, sebagai bukti subjek itu ada dibincangkan oleh sarjana lain, sebagai contoh.



Memang saya ada latarbelakang bidang sejarah secara akademik, cuma pendekatan saya dalam menyampaikan pelajaran dari sejarah itu sedikit berbeza. Menyampaikan pelajaran dari sejarah dengan hanya berkongsi info-info pasal sejarah ada beza tau. Menyampaikan pelajaran dari sejarah ni kerja sejarahwan sebenar. Ia dah masuk kerja-kerja ahli falsafah sikit. Maksudnya, maklumat dari sejarah itu kita ekstrak dan ambil patinya untuk dirumuskan faedah darinya. Tak kisahlah ia sejarah yang darkside atau sejarah yang buat kita bangga. Tapi tugas pure historian ni ialah ekstrak pelajaran dan pengajaran dari sejarah supaya faedahnya dapat dikecapi oleh masyarakat.

Kalau sejarah itu sejarah yang buat hidung kita kembang kempis, maka kita akan beritahu masyarakat lebih kurang "kalau korang buat macam ni, korang akan dapat faedah macam ni, tengok mereka telah berjaya". Kalau sejarah itu sejarah yang membuatkan kita sedih, marah, geram dan down, maka kita akan nasihatkan begini, "lihat, kalau korang buat begini, korang akan jadi begini...nak jadi macam ni lagi tak?"

Jadi beginilah sejarah berfungsi. Ia sebagai nasihat, ia ibarat ibu yang menggalak dan menegur anaknya.

Kadang-kadang apa yang kita buat dalam bidang kita ini orang marah pada satu ketika, kemudian pada ketika lain, dia pun ikut konsep sejarah yang kita dok perjuangkan. Jadi, kefahaman sejarah ni macam kefahaman agama, maksud saya kejahilan akan berkurang mengikut masa atau usia setelah manusia itu melalui proses-proses kematangan. Jadi, kalau dia tak melalui proses-proses kematangan itu maka ia tetap dalam kejahilan yang bobrok. Kita tak dapat nak tolong orang macam ni.

Dalam buku terbaru saya ni banyak konsep-konsep macam tu. Semua itu saya gelarkan ia sebagai 'battlecry'. Laungan-laungan yang membangkitkan kesedaran dan motivasi.





Tulisan-tulisan saya beroperasi secara online dan offline. Alhamdullillah, kedua-duanya berjaya. Seperti baru-baru ini buku saya termasuk dalam senarai buku terbaik sepanjang tahun lepas (2016), oleh salah satu gergasi penerbitan negara. Buku saya terpilih berdasarkan undian, populariti dan tinjauan dari para pembaca buku seluruh negara.

Adakah apa yang saya dapati ini membuatkan saya mendongak sentiasa? Sudah tentu tidak dan bidang sejarah ini adalah karier dan minat saya sepanjang hidup. Untuk buku terbaru ini, saya bekerjasama dengan beberapa individu bagi memastikan jurang antara tembok akademik itu mampu dirapatkan kepada masyarakat terutama anak-anak muda. Ini adalah antara tugas dan misi saya kini setelah beberapa perbincangan dengan wakil kerajaan dan institusi berkaitan.

Mengapa orang-orang ini percaya kepada saya? SEBAB NILAI DALAM TULISAN DAN PEMIKIRAN SAYA. 

Selalulah bersama saya dalam mengikuti perkembangan seterusnya.

~Srikandi


Buku Baru Akan Terbit : Rentaka Sekalian Bijasura

$
0
0




Salam,

Akhirnya buku terbaru saya hampir keluar menemui para peminat sejarah terutamanya sejarah Melayu. Kini semasa artikel ini ditulis, ia telah memasuki fasa akhir semakan dan menanti untuk dicetak.

Rentaka Segala Bijasura, begitulah namanya adalah kumpulan tulisan-tulisan saya tentang sejarah Melayu yang berkait dengan sejarah dunia. Selalu kita melayan sejarah Melayu seperti ia terperuk di dalam tempurung sendiri namun melalui pendekatan saya, kini kita boleh membaca sejarah Melayu bersama-sama sejarah dunia.

Rentaka ialah sejenis meriam mudah alih atau meriam kecil yang terkenal di Nusantara sebelum diceduk konsepnya oleh pihak Belanda dan Sepanyol. Bijasura pula adalah semacam jawatan khas bagi hulubalang istana gaya Kesultanan Melaka yang bertugas sebagai ketua pengiring diraja, tugas-tugas khas (seakan-akan komando atau tentera elit) dan ketua intelijen.

Rentaka Sekalian Bijasura membawa erti rentaka terbaik yang menjadi senjata para bijasura yang semestinya adalah dari lelaki-lelaki terpilih yang bijak dan gagah berani. Senjata yang terbaik mestilah dikurniakan kepada bijasura yang merupakan kedudukan yang berprestij di istana.

Ini video teaser bagi buku Rentaka Sekalian Bijasura.
 




Rentaka Sekalian Bijasura adalah buku ketiga Srikandi bagi karya sendiri dan keenam keseluruhannya. Konsep buku ini adalah sekitar sikap dan pemikiran sejarah pasca-merdeka. Pemikiran pasca-merdeka ni bahasa mudahnya ialah pemikiran sejarah yang matang, tak dikongkong tapi ia bertujuan jelas untuk memanfaatkan masyarakat yang memiliki sejarah itu.

Buku ini ada satu makalah dalam bidang arkeologi dan dua kertaskerja akademik dalam bidang genetik. Mukadimah oleh ahli-ahli akademik dan para pelajar sejarah. Ia terdiri daripada tulisan-tulisan berkaitan sejarah Melayu dan hubungkaitnya dengan sejarah dunia. Ada segmen pemikiran sejarah pasca-merdeka, manuskrip Melayu, isu-isu di tapak arkeologi di Lembah Lenggong dan Sungai Batu serta perbincangan secara saintifik asal-usul orang Melayu sebagai salah satu dari rumpun Malayo-Polinesia dan Austronesia bersumberkan kajian ahli akademik dalam dan luarnegara.

Walaupun begitu, sebab sejarah ni universal maka pelajaran dari buku ini boleh dicerna oleh sesiapa sahaja tidak kira dia siapa dan apa warna kulit dia.

Buku ini lebih garang jika dibanding dengan sebelumnya. Sesuai dengan namanya, ia penuh dengan kata-kata seruan menaikkan semangat yang saya gelar sebagai "The Battlecry". Sememangnya kita selamanya berada dalam 'peperangan' dan tidak sepatutnya kita mendidik masyarakat supaya merasa bangsat. Sejarah semestinya mendidik kita menjadi berani dan kuat.

Apa pun nantikan kemunculannya nanti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 28 April 2017 ini.


~Srikandi







Rentaka Sekalian Bijasura Yang Laku Keras Di Pesta Buku

$
0
0



Sudah lebih seminggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 meninggalkan para pencinta buku. Banyak kenangan manis dan bermakna sepanjang pesta buku berlangsung. Teristimewa bagi saya sendiri yang mengeluarkan buku Rentaka Sekalian Bijasura (RSB), buku saya yang terbaru.

Alhamdulillah, buku RSB telah lakukeras sepanjang pestabuku. Sebenarnya buku ini hampir-hampir lewat keluar untuk pestabuku kerana senarai judul buku-buku lain yang beratur di kilang cetak pada hari sebelumnya berlangsung pestabuku itu. Namun akhirnya pada pukul 8 malam 28 haribulan April buku tersebut sampai ke reruai penerbit saya. Malam itu juga buku-buku itu direbut dan ada yang memborong sampai 25 buah sekaligus! Malah hari itu RSB terus meroket bestseller di kaunter penerbit saya! Malah buku-buku saya yang lain yakni Emas Para Dapunta & Maharaja (cetakan pertama 2015)  dan Baiduri Segala Permaisuri (2016) juga lakukeras mengikut rapat RSB.

Hari seterusnya, RSB terus berada pada kedudukan pertama selama 10 hari berturut-turut. Pada 6 Mei, buku Emas Para Dapunta & Maharaja telah kehabisan stok.



Buku RSB nampaknya menjadi fenomena di kaunter penerbit saya yang juga mengeluarkan buku-buku yang bermutu dan menepati selera pembaca generasi hari ini. Masyarakat membeli dan berkongsi kegembiraan mereka memiliki buku saya tanpa segan dan silu. Topik sejarah terutama sejarah Melayu bukan lagi sesuatu yang terasing dalam ruanglingkup akademik, sekolah atau lulus periksa sahaja tetapi sesuatu yang bagaikan azimat membantai kelesuan hidup, untuk mengalir sebagai adiwira.









Lebih mengejutkan, hari terakhir pestabuku, RSB telah kehabisan stok! Saya pun tidak menyangka pada awalnya dan apabila para pembaca yang datang pada hari itu bertanyakan kepada saya, ada atau tidak RSB lagi, saya hanya menjawab ya sahaja. Bukan apa, saya ketika itu tidak menyangka buku yang baru panas keluar kilang cetak takkanlah terus out-of-stock. 






Berikut adalah carta 10 hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di kaunter penerbit saya.


Carta Bestseller Terfaktab PBAKL 2017




















Masyarakat minat sejarah yang apa, yang bagaimana?



Kejayaan Rentaka Sekalian Bijasura menunjukkan masyarakat gemar membaca sejarah yang mengandungi nilai-nilai kemanusiaan dan memberikan faedah kepada kehidupan mereka. Sejarah yang memberikan suntikan semangat kepada para pembacanya untuk bergerak ke depan, tak kira bagaimana  hitam atau putihnya sejarah itu.

Mana-mana bahagian sejarah yang pilu, sedih dan gelap akan menunjukkan kepada mereka jalan terang bagi menghindarkan ia berlaku dan sebagai obor penyuluh masa depan.

 Mana-mana yang memberitahu tentang kehebatan, kegemilangan, kebijaksanaan dan sebagainya dijadikan bahan api untuk terus maju ke depan dan meraih kejayaan.

Masyarakat tidak ada masa untuk tenggelam di dalam persoalan yang kurang menyentuh kemanusiaan dan kehidupan marhaen mereka seperti bergaduh pasal tarikh-tarikh yang mana betul mana salah atau bergocoh tentang watak-watak di dalam sejarah Melayu yang mana mitos yang mana benar. Bagi mereka itu amat membuang masa dan menyerabutkan kehidupan mereka yang sudah sedia serabut dengan 1001 masalah kehidupan yang perlu diselesaikan. Perkara-perkara itu sepatutnya diselesaikan oleh sesama sejarahwan dan so-called cendekiawan yang mengaji sejarah bertahun-tahun itu.






Mereka memerlukan sejarah yang memberikan mereka pelajaran demi pelajaran untuk menawar masalah kehidupan mereka. Pelajaran sejarah yang benar-benar 'real' dan praktikal di dalam kehidupan mereka. Mereka mendambakan sejarah yang menjana enjin pemerkasaan jatidiri mereka, bukannya repekan-repekan so-called sejarah yang memakihamun keyakinan diri mereka.

Mereka ingin membaca sejarah seperti rakyat di negara-negara maju membaca sejarah. Menjaga sejarah dan memulihara sejarah. Kita selalu terkagum-kagum mengapa rakyat di negara-negara terbabit begitu produktif mengeluarkan filem-filem, novel, karyaseni dan sebagainya yang menyangkut tentang sejarah mereka sehingga berjaya mengeksportnya ke serata dunia. Kita tidak mahu belajar bagaimana mereka memanfaatkan sejarah mereka ke arah hasil yang positif tidak seperti sesetengah dari kita menjadikan sejarah untuk menerbitkan kemurungan, perasaan inferior dan berpenglipurlara sepanjang masa, tanpa ada sedikit pun pelajaran ke arah positif yang mampu diekstrak darinya.

Apapun tahniah kepada yang memiliki buku-buku saya dan terimakasih!

~Srikandi
Rentaka Sekalian Bijasura
  












Rentaka di Pulau Mutiara

$
0
0





Srikandi dah siapkan rentaka-rentaka untuk bekalan ke Pulau Mutiara. Kepada orang-orang Pulau Mutiara dan sekitarnya boleh mendapatkannya sabtu dan ahad ni. Butiran ada di poster yang dilampirkan ni.

Kesedaran sejarah ni, kalau tak hari ni, esok lusa orang kita akan faham. Kalau tak generasi hari ini, ia untuk generasi akan datang...untuk anak cucu kita. Sekurang-kurangnya mereka melawan, jika kelak sejarah bangsa dan keturunan mereka dipalsukan, dibohongi dan dihapuskan.

Jika internet mati, disekat atau dihapuskan... buku ini ada. Buku ada untuk menjadikan mereka keluar dari pemikiran sejarah para arwah penjajah. Keluar dari skema sejarah yang didoktrinkan oleh penulis kerani dan pegawai penjajah. Buku yang akan beritahu kepada anak-anak Melayu bahawa kamu bukan pokok, bukan robot bukan angguk-angguk geleng-geleng. Kamu ada sejarah kamu sendiri dan kamu boleh fight for your rights.

"Orang Jerman jatidiri dia kental macam Panzer. Lepas 'down' teruk, diorang bangkit buat wirtschaftswunder."

(Cik Srikandi 2017)


~Srikandi
Rentaka Sekalian Bijasura

Tasjil Anis Salatin: Ulasan oleh Srikandi

$
0
0




Salam semua.

Kali ini Srikandi ingin mengulas satu naskhah yang mengupas tentang Kesultanan Melaka yang bertajuk Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka, tulisan Farahana Suhaimi. Siapa Farahana Suhaimi ni? Dalam keterangan di belakang buku ini ada dijelaskan bahawa beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memiliki minat yang mendalam terhadap kajian sejarah Melayu dan memiliki kepakaran khusus dalam bidang Sejarah Perubatan dan Kesihatan di Negeri-Negeri Selat dan Tanah Melayu amnya, malah merupakan bekas penyelidik kepada Profesor Adnan Nawang dalam kajian berkenaan Za’ba di Arkib Negara Malaysia.

Naskhah ini diterbitkan oleh Patriots Publication dengan cetakan pertama pada Mac 2018. Maknanya masih panas berasap lagi ni ketika ulasan ini ditulis.Anda boleh dapatkannya di (sila KLIK): Patriots Pub

Dalam menjalankan kajian, Farahana Suhaimi telah bekerjasama dengan seseorang yang dipanggil 'Gading Bertuah'. Siapakah Gading Bertuah? Nanti saya selitkan dalam artikel ini tentang siapakah Gading Bertuah ini.


Naskhah ini mengandungi 11 topik utama seperti:

1. Kota Melaka & Penduduk (15 perkara)
2. Waris & Pewaris Melaka (19 perkara)
3. Pembesar & Wilayah Melaka (39 perkara)
4. Melaka & Ekonomi (19 perkara)
5. Melaka & Peperangan (60 perkara)
6. Melaka & Pengangkutan (7 perkara)
7. Melaka & Permainan (5 perkara)
8. Melaka & Rasuah (4 perkara)
9. Melaka & Cinta (6 perkara)
10. Melaka & Undang-undang (2 perkara)
11. Melaka & Islam (21 perkara)


Tanpa membuang masa, mari kita lihat secara sepintas lalu satu-persatu topik utama dalam Tasjil Anis Salatin.


1. Kota Melaka & Penduduk


Bahagian ini banyak menceritakan sisi kekayaan ekonomi dan pengurusan Kota Melaka yang mana lebih terperinci dari apa yang kita dengar selama ini. Contohnya Kota Melaka yang memiliki:

- Pengurusan air bersih
- Tangki-tangki air di setiap rumah
- Sistem pembetungan
- Sistem perparitan terancang

Dijelaskan juga terdapat gudang-gudang perdagangan yang dibina dengan menggunakan bahan kalis api! Di bawah istana Melaka juga terdapat gedung bawah tanah malah boleh dikatakan kemudahan ruangan bawah tanah ini adalah biasa di Kota Melaka.

Nasihat saya kepada pihak yang berautoriti: Buat imbasan dan pemetaan satelit serta buat kajian seterusnya jalankan kerja-kerja ekskavasi tentang perkara ini. Pasti ada ruangan bawah tanah yang masih tertimbus dan mengandungi 1001 rahsia Melaka yang belum disentuh oleh penceroboh Portugis.

Sultan Melaka juga membenarkan penduduk Kota Melaka mengubahsuai rumah. Mereka menjadikan beranda rumah sebagai kedai jualan. Sebagai tambahan, kita selalu dimomokkan dengan rumah-rumah di Kota Melaka semuanya 100% kayu. Realitinya ada rumah yang diperbuat dari batu dan separuh batu separuh kayu selain rumah-rumah yang tidak diperbuat dari batu. Penyakit inferior mampu membuatkan kita buta sejarah. Ingat ni.

Banyak lagi yang disentuh seperti struktur istana Melaka yang memiliki 17 ruang, peti bertatahkan permata, teknologi penyimpanan barangan, polisi hartanah, setiap bangunan penuh dengan harta dan pelbagai lagi fakta yang menakjubkan.

Perkara-perkara ini buat saya terfikir: dengan pengurusan yang bagus, orang Melayu sebenarnya memiliki bakat berdagang yang berada pada kelasnya yang tersendiri. Namun sejarah Melayu penuh dengan perangai hasad dengki sama ada orang Melayu sendiri dan paling utama ialah orang luar yang busuk hati. Jaga-jaga dua golongan haprak ni.




2. Waris & Pewaris Melaka


Bahagian ini banyak menyentuh tentang salasilah Kesultanan Melaka berdasarkan Sulalatus Salatin. Walaupun saya memiliki teori sendiri dalam menafsirkan isi Sulalatus Salatin, namun apa yang dipaparkan dalam bahagian ini masih saya boleh terima sebagai meraikan apa yang ditulis secara literal dalam karya agung tersebut, terutamanya versi yang digunakan hanyalah satu sahaja yakni Sulalatus Salatin versi Krusenstern.

Saya rasa tidak perlu mengulas panjang bab ini. Anda perlu membacanya sendiri untuk menyelami salasilah Kesultanan Melaka serta Kerajaan Singapura Purba.

Satu perkara yang menarik: ada banyak gambarajah salasilah yang memudahkan kita memahami setiap penerangan.


3. Pembesar & Wilayah Melaka

Bahagian ini banyak menyentuh perihal para pembesar atau pentadbir wilayah Melaka dan ini secara tidak langsung kita dapat mengetahui tentang wilayah-wilayah di dalam pengaruh Melaka. 

Antara yang menarik bagi saya ialah protokol payung Kesultanan Melaka. Sebenarnya ia menyimpan makna yang tersendiri dalam psyche orang Melayu. Anda kena membacanya.

Di dalam bahagian ini ada dijelaskan peranan dan watak setiap pembesar malah raja Melaka sendiri dalam sejarah Kesultanan Melaka.  Misalnya kebijaksanaan Tun Perak, kehebatan Hang Tuah, Sultan Muhammad Syah yang memakmurkan Melaka, Tun Telanai yang bijak berdiplomasi dan sebagainya.

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa Sultan Mansur Syah memberikan biasiswa kepada para pembesarnya bagi melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Malah terdapat mahkamah yang dikendalikan oleh para syahbandar.

Melaka sebagai sebuah empayar juga dicatatkan memiliki 23 buah negeri dan naungan. Fakta-fakta begini sukar kita baca dalam medium yang lain. Bertuahnya setiap penjelasan diberikan sumbernya dan bukanlah imaginasi atau sembang lebat saja. 







4. Melaka & Ekonomi


Bahagian ini menumpukan kepada produk dagangan Melaka, struktur ekonomi dan berkaitan dengannya. Antara yang menarik ialah pelabuhan Melaka dilawati 60 pedagang dari kerajaan berbeza pada satu-satu masa.

Juga dinyatakan bilakah para pedagang singgah di Melaka seperti musim pedagang Jawa dan pedagang Bengal tiba di pelabuhan Melaka. Juga dinyatakan terdapat 84 jenis bahasa di pelabuhan Melaka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan utama. Setiap syahbandar biasanya mengetahui beberapa bahasa ini sebagai cara untuk memudahkan urusan perdagangan.

Banyak lagi fakta yang mengujakan menjadikan saya seolah-olah berada di pelabuhan Melaka. Bagi saya sistem perdagangan di pelabuhan Melaka amat maju lebih dari apa yang kita sangkakan. Ia bukan sistem primitif seperti dalam drama-drama pendekar 90-an dahulu tetapi satu suasana korporat yang canggih di zamannya.



5. Melaka & Peperangan


Bahagian ini meliputi peristiwa-peristiwa serangan atau peperangan yang melibatkan Kesultanan Melaka seperti peristiwa serangan Siam, kempen Pahang, kempen Siak dan sebagainya.

Setiap peperangan dijelaskan secara terperinci misalnya dalam kempen ke atas Pahang, tentera Melaka menggunakan 200 buah kapal, manakala kempen ke atas Siam, Melaka menggunakan 60 buah kapal. Terdapat juga kempen ke atas Pasai dan kempen ke atas Manjung.

Kemudian banyak diceritakan tentang situasi serangan pencerobohan Portugis. Terdapat banyak fakta menarik seperti Sultan Melaka yang memiliki 3000 askar diraja berbaju besi dan bersenjata api. Satu fakta yang agak mengejutkan ialah Melaka memiliki gudang teknologi senjata api yang menyimpan bahan-bahan mentah untuk membikin senjata api seperti tembaga, keluli, besi, timah hitam, bijih timah, belerang, ubat bedil, serbuk peluru dan lain-lain bahan, dan ini menerangkan mengapa saki-baki orang Melaka yang berundur mampu membuat penentangan selama 130 tahun dengan membina semula industri kapal perang dan persenjataan. Kesultanan Melaka rupanya tidak hanya mengimport produk tetapi juga mengimport teknologinya sekali dan saya percaya sekiranya Kesultanan Melaka diizinkan wujud sehingga abad ke-18, ia akan menjadi jika tidak sekurang-kurangnya seperti Empayar Turki Uthmaniyyah, ia adalah satu 'negara' yang amat canggih teknologi peperangan dan ekonominya melebihi semua kerajaan di Asia Tenggara.

Satu fakta yang menyedihkan, di sebalik semua teknologi dan persiapan peperangan Kota Melaka yang lengkap, akhirnya kota ini jatuh ke tangan penceroboh Eropah akibat pengkhianatan para pedagang asing yang belot seperti para pedagang Cina yang memberi bantuan kepada tentera Portugis. Semua bantuan ini sebenarnya memberikan kelebihan dari segi logistik dan bantuan strategik kepada Portugis yang sememangnya amat memerlukan kelebihan ini memandangkan pada fasa awal pihak Portugis telah tewas kepada serangan balas dan pertahanan Kota Melaka. Next time berhati-hati dengan orang asing dan jangan pandang rendah kepada kejahanaman yang bakal tiba akibat campurtangan asing.

Siapa yang suka kepada subjek strategi peperangan pasti gemarkan bahagian kelima ini.



6. Melaka & Pengangkutan 


Siapa yang gemar kepada kapal-kapal dan berkait dengannya pasti enjoy baca bahagian ini. Diceritakan pasal kapal yang digunakan oleh sultan memiliki 4 tiang berwarna putih. Saiz tiang juga dicatat. Melaka juga menggunakan pelbagai kapal untuk pelbagai tujuan.

Dicatat bahawa layar kapal Melayu antara teknologi yang maju ketika itu. Dicatat juga nama-nama kapal kenaikan kerabat raja Melaka selain Mendam Berahi. Jong Melaka memiliki 4 lapisan dinding kapal dan terdapat banyak kuda di Kota Melaka sebagai pengangkutan darat walaupun kurang popular di kalangan rakyat kerana pengangkutan air lebih cepat dan efisien memandangkan permukaan mukabumi Melaka yang berbukit-bukau tidak seperti padang steppe contohnya di Mongolia.

Selain itu gajah juga adalah salah satu pengangkutan yang penting malah digunakan dalam peperangan.








 7. Melaka & Permainan


Tadi ada disebutkan tentang kuda. Kuda telah menjadi salah satu aktiviti rekreasi yang popular di kalangan bangsawan dan golongan diraja Melaka. Ini dilambangkan dengan Raja Zainal yang meminati kuda. Malah minatnya terhadap kuda menyebabkan dibina satu ruangan khas untuk kudanya di bilik tidur.

Saya fikir ini adalah satu niche dari sekian banyak tema yang boleh dijadikan ekpresi seni sekitar Kesultanan Melaka. Selama ini kita banyak disempitkan dengan situasi di masa Kesultanan Melaka dengan stereotype yang disetup semasa zaman kolonialisme. Seorang yang obses dengan kuda. Gemar bersiar-siar dengan menunggang kuda di Kota Melaka, dengan segak bertanjak berkeris bagai sambil diperhatikan dengan penuh kagum oleh penduduk kota. Bayangkan situasi ini.

Catur adalah salah satu permainan popular di Kota Melaka.Ya, disana ada tokohnya yakni Tun Pikrama yang disebut sebagai pakar catur Melaka. Ini juga niche yang bagus. Bayangkan situasi Tun Pikrama yang dilakonkan sedang bermain catur dengan pemain dari India atau Cina atau menentang pencabar dari Jawa. Begitu khusyuk dan mendebarkan dan akhirnya beliau menang bergaya dengan menggunakan pelbagai helah yang mengejutkan! Bayangkan ada pertandingan catur atau liga catur satu empayar Melaka.

Ini tidak, profesor sejarah asyik-asyik bebel pasal Hang Buah Hang Tuha Hang Tuhi lah. 'Sasterawan marginal' yang diharapkan mampu memimpin dunia sastera Melayu menggantikan order lama, terlampau pulak menumpu kepada 'kesyiahan' Melaka dan apabila dikritik, ditumpukan pula aspek pembesar Melaka minum arak bagai. Ini semua minda terbantut yang perlu dirawat. Berlambak lagi sedutan yang boleh dijadikan rangkaian trope dan tema seni secara positif dari sejarah Kesultanan Melaka.

waste of time, waste of talent ... wasteful....waste of waste....very very waste of wasteful waste.

Permainan-permainan lain yang dicatatkan adalah seperti congkak, layang-layang dan sepak raga. Saya cadangkan buat kajian tentang sukan air di zaman Kesultanan Melaka. Alangkan pengangkutan air amat popular dengan orang Melayu Melaka sebagai peneraju dunia maritim, takkan takde idea buat sukan air macam lumba perahu dan sebagainya.



8. Melaka & Rasuah


Tajuk ini sepertinya menentang atau janggal atau tidak relevan dengan konsep 'Rahsia Agung Melaka'. Namun sepertimana Sulalatus Salatin yang bagi saya sebuah rekod tempatan yang neutral (tak la sangat ikut tema 'mengagung-agungkan raja' tu) yang mana disebut juga perilaku negatif raja dan para pembesar Melaka, maka mungkin ini diselitkan sebagai menyahut pendirian sebegitu.

Di sini ada disebutkan perihal pedagang yang gemar memberi suapan kepada pegawai Melaka. Vice versa, disebutkan pula pegawai Melaka yang gemar meminta suapan dari para pedagang.

Rasuah juga antara faktor dalaman kejatuhan Melaka. Siapa yang biasa dengan kisah-kisah dari Kesultanan Melaka akan maklum bagaimana Bendahara Tun Mutahir difitnah. Maka timbullah nama-nama seperti Raja Mendeliar dan si Kitul. 

Pada pendapat saya, bendahara juga telah membuat kesilapan apabila menerima pemberian Nayana Sura Dewana yang ketika itu masih memiliki kes berprofil tinggi dengan Raja Mendaliar. Sebab itu sekarang ada polisi tidak boleh menerima sebarang hadiah bagi pegawai awam. Contohnya dipetik dari laman web SPRM:

Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. 
(Rujuk Para 5 PP 3/199, http://www.sprm.gov.my)





 9. Melaka & Cinta


Cerita epik sebuah empayar seperti Kesultanan Melaka tidakkan lengkap sekiranya tiada kisah cinta dan kasih sayang yang mewarnai sejarahnya. Maka bahagian ini berat menceritakan suka duka percintaan dan pengorbanan kasih sayang di dalam watak-watak penting di istana Melaka.

Dicatatkan juga peristiwa peminangan Hang Li Po dan Puteri Gunung Ledang malah kisah peminangan puteri Betara Majapahit yang melibatkan 500 buah kapal dan perahu malah ia diiringi oleh raja dari Jambi, Inderagiri, Tungkal, Palembang dan Lingga. Nampak benar pengaruh Kesultanan Melaka amat besar ketika itu.




10. Melaka & Undang-undang


 Ramai yang tidak tahu bahawa Kesultanan Melaka ada set dokumen undang-undangnya sendiri iaitu
Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Mendiang Dr Liaw Yock Fang telah pun mengkaji versi  Bilioteca Apostolica Vaticana (VAT.IND.IV) bagi dokumen perundangan Melaka ini. Malangnya ia telah 'tersembunyi' oleh stigma 'hikayat' semasa zaman kolonialisme yang umumnya memandang rendah atas semua karya, dokumen dan historiografi tempatan.

Jadi siapa yang minat bab perundangan, bahagian ini untuk anda. Semuanya boleh dikatakan amat lengkap sampaikan ada bahagian memadamkan api di kapal selepas digunakan dan jika tidak memadamkan api yang mungkin menyebabkan kebakaran, ada hukuman tertentu dikenakan.

Malah ada disebutkan sesiapa yang duduk di anjung-anjung kapal akan didenda, dimana sekiranya menghadap ke buritan kapal sambil berjuntai kaki akan didenda tujuh kali sebatan dan denda setahil sepeha emas kerana dianggap tidak menghormati nakhoda dan juga penumpang kapal. Malah ada larangan mengacau mata kail orang lain dan jika mata kail terkait badan si pengacau, maka sipengacau akan menjadi milik si tuan kail, atau dengan kata lain menjadi hamba kepada si pengail tadi!

Memang amat terperinci undang-undangnya.

Oh, yang lain-lain... anda kena dapatkan buku ini!



11. Melaka & Islam 


Sebagai sebuah kesultanan Islam, Melaka adalah salah satu faktor utama umat di Nusantara memeluk agama yang mulia ini. Diceritakan bahawa Masjid Raya Melaka dibina dengan batu-batan yang teguh. Nak tau teguh ke tak, perati lakaran tembok kota A Famosa. Jika ada kesempatan ke gerbang A Famosa yang masih bersisa itu, maka batu-batannya boleh dianggap sebagai lambang keteguhan batu yang dipakai untuk membina masjid Melaka kerana Masjid Melaka ini antara sumber utama bahan mentah bagi pembinaan tembok A Famosa.  

 Diceritakan tentang pengislaman Melaka dari inisiatif Pasai. Disebutkan juga terdapat era di mana aliran Syiah hampir mendominasi di Nusantara disebabkan ramainya migrasi pengikut fahaman Syiah dari Asia Barat ke Nusantara akibat tekanan politik. Kemudian aliran Syiah ini semakin menjauhi akidah Islam dan kemudian aliran Sunnah sepenuhnya berjaya memulihkan situasi ini dengan menggantikan ajaran Syiah yang menyeleweng itu. Ini dipengaruhi juga dengan berlakunya perubahan di Asia Barat apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi pentadbir di sana dan berperanan sebagai khilafah umat Islam. Malah ini juga diperkuatkan dengan inisiatif membawa Syeikh Ismail Al-Siddiq yang telah didatangkan khas dari Makkah ke Pasai bagi membasmi fahaman Syiah. Trend dari Pasai ini mempengaruhi Melaka juga dan sultan-sultan Melaka giat mempromosi aliran Sunnah kepada rakyat Melayu di kampung-kampung.

Dicatatkan juga peranan Melaka sebagai pusat pengembangan Islam, pusat dakwah dan pusat intelektual Islam dengan menaja buku-buku berkaitan agama Islam seperti kitab-kitab agama malah sultan membiayai para mubaligh Islam yang berdakwah ke wilayah-wilayah lain di Nusantara seperti di Tanah Minangkabau.





 Kesimpulan



























Bagi saya, buku ini memang menarik perhatian khalayak yang umumnya cenderung ke arah tahap pembacaan yang tidak terlalu berat dengan perbahasan dan maklumat yang terlampau banyak. Ini kerana ia dipersembahkan dengan gaya point-to-point dan perenggan-perenggan pendek seperti anekdot. Anda akan mudah membacanya dari satu perkara ke satu perkara. Setiap perenggan disertakan sumber rujukan disamping muka surat rujukan bacaan di belakang buku. Ada juga disertakan wawancara dengan penulisnya.

Ada seorang profesor sejarah dan pengikutnya yakni seorang pembantu arkib cawangan Pahang yang tidak bersetuju dengan buku seperti ini yang lantas bersegera dicop sebagai mitos dan dongeng. Saya nasihatkan supaya baca dahulu buku ini dan anda akan lihat setiap topik adalah berdasarkan pelbagai sumber yang berkredibiliti dan ia melibatkan rujuksilang dalam dan luarnegara seperti sumber-sumber Portugis sendiri seperti karya Joao de Barros dan tulisan tempatan seperti Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Kemunculan dan Kegemilangan yang diterbitkan oleh Arkib Negara sendiri. Saya sarankan juga pembantu arkib cawangan Pahang itu yang juga menjalankan bisnes buku sejarah kitar semula (patutlah banyak tugasan arkib terabai kerana tidak fokus kepada amanah bertugas di perkhidmatan awam) supaya bersama-sama menjual buku ini bagi menambah pendapatan keluarga kerana buku ini memang macam goreng pisang panas ketika ini.

Akhir kata majulah sejarah untuk negara.


~Srikandi










*Gading Bertuah? Dia ni lulusan sejarah juga dan orang gomen. Kena dapatkan buku ini dan baca untuk trace siapa dia sebab dia minta saya jangan dedahkan identitinya. Sori tau :)

p/s: Buku baru saya akan keluar nanti. Insya Allah sekitar Pesta Buku KL 2018. Tunggu tau!!

Rentaka Sekalian Bijasura Edisi Kemaskini

$
0
0






Ini adalah buku Rentaka Sekalian Bijasura cetakan ketiga atau Edisi Kemaskini. Isinya sama saja dengan edisi sebelumnya (kulit buku warna biru) cuma penampilannya dikemaskini.





Alhamdulillah edisi ini juga mendapat sambutan yang amat baik dan pertama kali buku-buku saya diedarkan oleh Bookcafe, anak syarikat penerbit buku berbahasa Melayu antara terbesar di Malaysia, PTS. Juga oleh Gallery Bookstore.




Screenshot di atas menunjukkan buku-buku saya tengah panas, asyik habis sahaja di laman web Bookcafe. Malah ini diakui oleh Bookcafe dan  orang kuat PTS sendiri.





Itu sajalah nak bagitau perkembangan saya, Cik Srikandi sekarang. Lama juga ya sejak saya mula blog sejarah ni sampai sekarang, dekat 10 tahun juga. Terima kasih sokong kerja-kerja saya selama ini.

Sebagai hiburan, ada seorang haters saya begitu seronok bila mengetahui penerbit lama saya, Terfaktab Media menutup operasinya tahun lepas. Teruja benar dia dan kawan-kawan dia dan terlajak konfiden bebeno menyatakan saya sudah 'rest-in-peace'.




Tapi maaf cakapla, saya rileks je ada kat sini malah  keluarkan buku Rentaka Sekalian Bijasura edisi kemaskini lagi! Laku keras pulak tu, mesti dia dan geng dia makin cemburu dan marah dengan keadaan yang tidak memihak kepada mereka ini.



Saya saja letak ikon muka tengah marah hehe menggambarkan haters saya begitu tak puas hati Tuhan tak makbulkan impian mereka supaya saya R.I.P itu.

Okayla, semua tu sekadar hiburan saja. Nanti saya cerita pasal buku baru saya. Apa? Buku baru pulak? Hehe.

~Srikandi
cikgulawa oghang perak.


Kursani Segenap Bimasakti

$
0
0




Inilah tajuk buku terbaru Srikandi. Ini buku keempat Srikandi bagi karya sendiri dan ketujuh keseluruhannya. Konsep buku ini adalah sekitar memperkenalkan sikap dan pemikiran sejarah pragmatik. Pemikiran pragmatik ini bahasa mudahnya ialah pemikiran sejarah yang PRAKTIKAL, inovatif, berdaya maju dan berdaya saing, dengan menggunakan pelajaran dari sejarah itu bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.

Buku ini terdiri daripada esei-esei yang mengupas isu-isu sekitar sejarah Melayu secara major dan dunia secara minor. Kemudian, melalui perkakas pemikiran sejarah pragmatik tadi, saya menganalisis setiap isu yang mungkin, bagi tujuan mengekstrak semua kebaikan dari sejarah itu sendiri dan merumuskannya sebagai 'blueprint' untuk anda menggunakan segala 'azimat' dan 'keramat' di dalam buku ini demi menghadapi hari mendatang. Buku ini juga menyambung topik Pemikiran Sejarah Pascamerdeka dan topik Seven Years' War yang telah keluar di dalam Rentaka Sekalian Bijasura.

Kursani Segenap Bimasakti juga penuh dengan analisis topik-topik seperti genetik Melayu, institusi raja-raja Melayu dan serangan terhadap sejarah Melayu dan orang Melayu itu sendiri yang biasanya bermotifkan politik.

Seperti biasa, sebab sejarah ni universal maka pelajaran dari buku ini boleh dicerna oleh sesiapa sahaja tidak kira dia siapa dan apa warna kulit dia.

Saya telah pun mengeluarkan video pengenalan mengenai buku terbaru ini:


Kursani Segenap Bimasakti from srikandisejarah on Vimeo.


Karya ini sudah pun keluar ketika 'demam' Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang lalu. Tetapi ada masalah sedikit masa tu.





Manuskrip tak sempat cetak




Manuskrip Kursani Segenap Bimasakti (Kursani) terlalu banyak mukasurat. Saya pun tak sangka. Dalam Kursani ni saya telah masukkan beberapa kajian segar, terutamanya dalam bab "Chapter X Dalam Sejarah Raja-raja Melayu". Ini bab paling 'puaka' dalam naskah ini, buatkan saya demam 2-3 hari. Bukan apa, saya tidur terlalu sedikit masa tu dek kerana nak mengkaji beberapa topik dalam bab tersebut.

Sejarah Melayu ni macam berjalan menuju ke 'rabbit hole'. Apabila saya mengkaji sekitar satu perkataan atau satu isu, ia buka banyak rahsia dan persoalan; buatkan saya terpaksa tinggalkan isu utama sekejap dan pergi ke isu-isu baru yang masa tu begitu menarik perhatian saya.

Terutama sekali semasa mengkaji riwayat-riwayat Melayu seperti Sulalatus Salatin. Nama-nama tempat sebagai contoh bila dirujuksilang memang ada dan boleh dibuktikan secara akademik. Nama-nama dalam mahakarya itu sudah pasti berbau 'mitos' atau kedengaran pelik bagi orang yang 'newbie' atau buta sejarah tetapi sebenarnya ia hanyalah isu sebutan orang Melayu terhadap satu-satu nama tempat. Cara atau trend panggilan orang Melayu dalam penulisan. Versi lidah Melayu secara ringkasnya.

Semakin dalam mengkaji, semakin dalam ia pergi. Kadang-kadang berhari-hari saya tidak balik ke isu utama, sebab isu-isu baru atau cabang semakin menarik saya masuk ke dalam dan ditambah pula satu-satu isu cabang itu mengakar kepada banyak isu-isu lain!

Ini menyebabkan saya agak lewat menghantar manuskrip ke penerbit saya dan sudah tentu mereka telah banyak kali follow up saya bertanyakan bilakah manuskrip siap?

Bila sudah hantar, bila disemak, rupa-rupanya jumlah mukasurat terlampau banyak sehingga boleh mencecah dari 600 ke 800 mukasurat. Saya terpaksa membuat beberapa pengubahsuaian sebelum akhirnya Kursani ditetapkan kira-kira 600 mukasurat untuk membolehkan pihak penerbit menetapkan harga yang berpatutan kepada pembaca dan pada masa yang sama tidak merugikan pihak penerbit dan saya sendiri selaku penulis.





 

Ini mengakibatkan Kursani tidak sempat menyertai PBAKL 2018 yang lalu. Memang ini telah mengecewakan para peminat dan pembaca saya. Ada yang datang 2-3 kali sepanjang minggu pesta buku itu semata-mata ingin memiliki buku saya panas-panas. Contohnya jejaka di bawah yang berulang-alik ke pesta buku semata-mata nak tau buku saya sudah ada atau tidak di reruai. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan Kursani di Kediaman Buku.

Untuk kekurangan yang ini, maafkan saya kerana memang saya ingin Kursani muncul di PBAKL 2018 itu namun apakan daya.







Kursani Laku Keras







Sekitar Mei dan awal Jun, Kursani yang baru sahaja keluar dari kilang cetak selepas PBAKL 2018 berakhir, terus lakukeras secara mendadak sehingga Bookcafe, anak syarikat PTS yakni gergasi penerbit buku-buku berbahasa Melayu di Malaysia mengakui Kursani amat laris ketika itu sehingga 3 kali terpaksa restock di kedai mereka.

Dalam pada itu pihak-pihak yang cemburu dan tidak sukakan Kursani laris dan menjadi rebutan masyarakat telah membuat siri provokasi kepada saya. Apa yang menjelekkan, salah seorang dari mereka ialah staff arkib cawangan Pahang yang membikin status marah-marah di media sosialnya dan memakihamun saya dek kerana buku terbaru saya ini tiba-tiba lakukeras pula! Staff arkib ini juga ingin melaporkan saya ke SKMM atas motif yang saya pun tak tau. Sepatutnya seorang yang bekerja di jabatan yang menjaga warisan dan khazanah negara perlulah bersikap matang dan cerdik, ini berlaku sebaliknya apabila dia sengaja memperbodohkan diri sendiri dan mempamerkan sisi kebudak-budakan yang berhingus meleleh dengan kecoh marah-marah buku saya lakukeras di pasaran.

Mereka juga telah mengupah 'hacker' untuk spam fanpage saya supaya dapat menutup suara saya dalam memperjuangkan sejarah Melayu dan mendidik masyarakat terutamanya orang Melayu untuk cakna dan belajar sejarah secara betul. Walhasilnya, bukan buku-buku saya merudum atau apa, buku-buku saya makin lakukeras dan dicari-cari rakyat Malaysia!


Rentaka Sekalian Bijasura no.1 berturut-turut 3 minggu sekitar Mei-Jun, Kursani Segenap Bimasakti masuk je kedai buku terus masuk carta top ten.


Buku saya tahun lepas, Rentaka Sekalian Bijasura mendapat liputan di akhbar Berita Harian pada 25 Mei lepas malah diberi penilaian paling terbaik 5 bintang  "rugi tak baca" !



Kursani naik ke tangga ke-3 baru-baru ini





'Quadruple' out-of-stock. Semua  buku-buku saya habis licin di Bookcafe awal Jun yang lalu





Pengedar-pengedar kecil atas talian seperti lubukbuku.my dan al amin bookstore juga sering kehabisan stok Kursani dan laris jualannya.






Buku-buku saya juga dijual di Lazada dan Shopee. Malah mendapat sambutan ramai juga. Memandangkan pengguna portal-portal atas talian begini atau marketplace majoritinya generasi muda, maka ini satu perkembangan yang amat baik.







Rangkaian kedai buku MPH tahun ini sepatutnya ditangguhkan untuk mengambil bekalan Kursani kerana pihak penerbit saya dalam proses menyelesaikan urusan buku-buku saya yang lepas (seperti Rentaka Sekalian Bijasura yang beberapa kali jadi bestseller di carta MPH) namun anehnya ada pembaca melaporkan baru-baru ini Kursani ada penampakan di MPH Mydin Meru!





Rentaka dan Kursani habis pada awal Julai 2018 dan pihak penerbit terpaksa mencetaknya semula.




Terima kasih!




Saya sedang mempromosikan Kursani di fanpage saya. Gitar itu adalah hadiah raya dari bapa saudara saya yang rocks!




Saya yakni Srikandi... nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang kekal menyokong tulisan-tulisan dan idea saya. Hikmah dan pelajaran dalam buku-buku saya adalah buat kamu dan kamu yang bijaksana dan sini serta mahu hidup secara terhormat dan dihormati orang lain. Dengan belajar sejarah dan mempraktikkan pelajaran di dalamnya, kita dapat menjaga diri, keluarga dan masyarakat dari tipu helah dan kejahatan orang lain yang melakukan pelbagai tipudaya untuk kepentingan mereka. Selain itu, ia juga dapat memacu peradaban kita ke arah lebih gemilang kerana sejarah itu adalah tuan gurunya peradaban. Tanpa menyedari pelajaran dari sejarah, peradaban yang hendak dibina ibarat tanpa blueprint dan akan cacamarba tidak bertahan lama.


~Srikandi

"Luhur sejarahku abadi"

Semberani Sang Bidasari

$
0
0






Seperti yang dijanjikan kepada para pembaca Srikandi yang disayangi, yang telah bertanya-tanya sejak tahun lepas, maka inilah buah tangan Srikandi yang baru untuk anda semua.

Ia terdiri dari 4 elemen: pengalaman, kritikan sejarah, kepentingan sejarah dan hal-hal kelangsungan (survival) orang Melayu dan pribumi dalam menghadapi unsur-unsur imperialisme.

Karya ni bagi Srikandi agak teknikal dan pekat aktivisme-nya cuma Srikandi sederhanakan ia dengan meletakkannya dalam beberapa bahagian. Karya ini juga adalah 'blueprint' kepada buku antipenjajahan yang Srikandi rancang keluar tahun hadapan.

Sebagai 'blueprint', buku ni mampu mengeluarkan ilmu-ilmu ghaib antipenjajahan apabila diperlukan. Ia dibikin tepat dirumuskan melalui kata-kata,"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."



Pesta Buku


Buku ini telah dilancarkan pada 24. Mac 2019 yang lalu bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April 2019. Srikandi buka tempahan sehingga 7 April dengan harga istimewa RM30. Apa yang terjadi ialah berduyun-duyun pesanan dari seluruh negara ingin menempah buku ini. Ini membuatkan pihak penerbit tidak cukup tangan memproses pesanan-pesanan yang tiba.







Dalam masa dua minggu, tempahan hampir separuh dari kuota jumlah buku yang akan dicetak (ketika itu pihak kilang masih membuat 'block'). Ini membuatkan pihak penerbit terpaksa mengeluarkan sedikit modal untuk persediaan cetakan tambahan jika pre order sahaja mampu menghabiskan kuota cetakan pertama.




Buku Siap Dicetak







Segala puji bagi Tuhan, awal bulan 5 ketika umat Islam berpuasa, buku-buku sudah siap dicetak. Seperti yang dijangka, sebulan selepas habis pesta buku, pihak penerbit terpaksa membuat cetakan kedua untuk menampung permintaan ready stock. Semberani Sang Bidasari sudah masuk cetakan kedua!

Para pembeli Semberani terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan datangnya dari semua negeri di Malaysia, dari Perlis hingga ke Sabah. Saya teruja juga sebab orang Sabah dan Sarawak agak ramai juga memesan buku ini. Saya memang beri harga kadar rata kepada seluruh negeri di Malaysia.







Saya memantau setiap pergerakan buku ini dan pihak penerbit diminta memberikan pangkalan data pembeli kepada saya untuk saya analisis. Ternyata buku Semberani banyak dibeli oleh para ibubapa muda dalam lingkungan usia 25-40 tahun. Para pelajar juga agak ramai dan buku-buku saya masuk ke Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia dan sebagainya. Buku Semberani ini juga telah masuk ke pelbagai badan kerajaan dan kementerian seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Latihan Polis dan sebagainya.




Buku Telah Sampai!


Alhamdulillah, tidak lama selepas sekitar 2 minggu pihak penerbit bertungkuslumus mengepos buku-buku Semberani, sudah mula para pembeli mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit dan saya sendiri kerana buku-buku sudah selamat sampai ke tangan mereka.








Ramai yang bertanya kepada saya buku seterusnya dan tidak kurang juga meluahkan penghargaan mereka kepada saya kerana menghasilkan buku ini. Memang saya menghasilkan buku ini dalam keadaan masyarakat pribumi dan orang Melayu khususnya berada dalam keadaan keliru dan tertekan dengan situasi politik dan serangan bertubi-tubi pihak-pihak tertentu terhadap hak dan kepentingan mereka.

Dalam Semberani saya mengingatkan kepada kaum pribumi akan hak-hak mereka dan tipu muslihat pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam merampas hak-hak tadi secara licik. Tekanan dan kesusahan kaum pribumi bukanlah persepsi dan andaian tetapi fakta yang menjalar di media-media berita dan media sosial. Luahan kekecewaan, tekanan perasaan dan sebagainya diluahkan sehingga bekas perdana menteri yang kononnya penuh dengan skandal kleptokrasi tiba-tiba menjadi popular dengan cepat di mata rakyat apabila beliau sering menimbulkan pertanyaan dan maklumat kepincangan kerajaan sekarang. Ini membuatkan beliau seolah-olah dekat di hati rakyat. Sekiranya kerajaan sekarang cekap mentadbir, bekas perdana menteri ini sudah tentu tidak dihiraukan rakyat dan beliau tidak akan mampu mencelah untuk menarik perhatian khalayak. 






Nampak sangat rakyat Melayu terutamanya perlukan tempat mengadu dan satu medium untuk mereka tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan cara untuk bangkit menyuarakan hak. Jadi buku Semberani dicipta untuk memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat pribumi untuk belajar dari sejarah dan dari sejarah itu mereka mampu mengestrak pelajaran untuk digunakan pada situasi hari ini.





Buku Lakukeras! & Usaha Pihak Yang Dengki








Dengan sokongan orangramai, maka Semberani Sang Bidasari cetakan kedua ini pun sudah separuh dijual. Saya begitu terharu walaupun semasa buku-buku ini dicetak ada pihak-pihak yang dengki dan benci dengan saya (akibat gagal berhujah isu sejarah) menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan buku Semberani ini kepada orang ramai. Malah mereka menjalankan kempen memboikot buku ini! Ada yang menggugut saya untuk dilaporkan kepada polis dan SKMM!



Pihak yang dengki dengan saya cuba menghasut orangramai jangan membeli buku-buku saya. Tapi yang lawaknya, follower /pembaca dia sendiri mempertikaikan niat jahatnya.




Mohd Rizal Abdul Rahman itu adalah cytro DAP, dia selalu menyerang saya di fanpage 'Srikandi' sekiranya saya mengkritik DAP terutama isu hijack buku teks sejarah awal tahun ini. Dia bengang dengan saya sebab saya selalu kritik usaha DAP nak kacau buku teks sejarah. Para pembaca saya juga memberitahu hati-hati dengan cytro DAP ini dan suruh saya block saja, tapi saya nak tengok dia ni ada geng tak. Rupa-rupanya dia seangkatan dengan satu 'federasi' sejarah pro-pentadbiran DAP ( DAP adalah de facto dalam pentadbiran hari ini)




Pihak yang dengki mahu buat report supaya saya kena 'angkut'. Dia mendakwa telah berjaya mendapat IP saya. Untuk itu, dia menggugut saya.



Pihak yang dengki teruja menanti SKMM 'angkut' saya. Mungkin dia sudah join buat report.




Namun semua usaha mereka digagalkan oleh Tuhan, walaupun mereka ni ada yang rapat dengan parti kerajaan dan ketua mereka adalah penjilat tegar sebuah parti politik Melayu yang berkuasa sekarang, Tuhan telah melindungi saya dari perancangan jahat mereka. Namun apa yang menariknya, ramai fans saya dari parti itu lebih mengenali saya berbanding dia. Mereka membesar dengan membaca tulisan-tulisan saya sejak zaman blog lagi.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, bahawa watak 'kitol' itu senantiasa ada dalam lipatan sejarah Melayu. Melawan musuh dari bangsa lain lebih mudah dari melawan musuh dari bangsa sendiri. Kritikan saya kepada DAP dalam kerajaan untuk isu hijack buku teks lebih mudah apabila mereka menangguhkan rombakan. Namun kitol-kitol dari kalangan bangsa saya sendiri galak cuba mensabotaj usaha-usaha saya memandaikan anak bangsa atas sebab dendam yang tidak berkesudahan yang saya sendiri pun tak faham apakah masalah yang melanda mereka dan keluarga mereka sehingga begitu sakit hati dengan saya.

Syukurlah masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan mereka dan sehingga ke hari ini buku-buku saya dipesan setiap hari. Saya juga ada merekabentuk baju anthem 'Kekuatan Dari Sejarah' khas buat para pembaca saya.







Baju-baju ini juga sudah masuk cetakan kedua. Alhamdulillah. Baju ini membawa semangat 'Kekuatan Dari Sejarah' di mana saya menekankan begitu pentingnya kita mengekstrak pelajaran dari sejarah. Walau hitam atau putihnya sejarah, ia tidak sepatutnya menjadikan kita merasa bangsat. Kita mesti menjadi lebih kuat dan kuat walau apapun manis dan pahitnya sejarah di masa silam.

*Semberani: https://bit.ly/2umeobE  

Baju anthem: https://bit.ly/2XQrefi


~Srikandi


Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa

$
0
0


 
 
 
 
Masa mula-mula saya mengambil aliran sejarah semenjak sekolah menengah, saya berminat menumpukan dalam ruanglingkup sejarah Melayu sejak 'Proto-Austronesia' sampai zaman empayar dan negarakota (Langkasuka, Srivijaya, Gangganegara dll). 

Kemudian setelah tamat ijazah, bertugas sebagai pembantu penyelidik, tutor dan pensyarah sambilan (sekitar 2014-2017), saya mula perlahan-lahan meminati topik kelangsungan bangsa Melayu.

Kelangsungan atau survival orang Melayu melibatkan bagaimana mereka bertahan sebagai satu etnik, kaum atau bangsa, juga bertahan dari segi bahasa dan budaya, cara hidup, cara pandangan kehidupan atau manusia yang memiliki tanahair (homeland).
 
Saya memang sudah lama berimpian untuk menulis buku yang menjurus kepada topik ini, dengan cara yang mudah difahami orang Melayu dari kampung hinggalah ke bandar. Satu penjelasan yang dipermudahkan dan straight to the point, tanpa berbasa-basi dengan bahasa akademik dan jargon, atau bahasa novel penuh plot twistyang menekankan hukum show, don't tell yang sengaja menjela-jelakan ayat bagi menambah halaman.
 
 Tidak, bahkan saya akan memberitahu semahu-mahunya, nothing to hide.
 
 
 
Kitab Raksa
 

 


 Buku saya yang ke-6 ini keluar pada pertengahan Mac 2020. Saya mula mengumpul bahan-bahan manuskrip seperti nota-nota saya dan catatan-catatan kuliah sama ada yang bertulis atau dalam talian pada hujung 2019. Sebenarnya jika nak dinyatakan berapa lama menghasilkan buku ini, saya boleh jawab sekitar 4-5 tahun. 

Buku ini adalah buku pertama saya yang memiliki tema tersendiri sepenuhnya. Buku sebelumnya seperti Rentaka Sekalian Bijasura (2017) dan Kursani Segenap Bimasakti (2018) ada temanya namun saya selitkan juga artikel-artikel pendek berkisar sejarah Melayu. Emas Para Dapunta & Maharaja (2015) dan Baiduri Segala Permaisuri (2016) pula berkonsepkan kompilasi artikel-artikel sejarah manakala Semberani Sang Bidasari (2019) pula masih kompilasi artikel-artikel sejarah namun saya ubah gaya persembahan, menjadikannya seolah-olah menyelami ke sebuah diorama sejarah Melayu yang penuh misteri.



 

Buku ini bertemakan anti penjajahan dengan tagline "Ilmu-ilmu ghaib anti penjajahan". Saya mengumpulkan 30 taktik penjajah dalam kerja-kerja penjajahannya yang saya gelarkan sebagai 'ilmu hitam'. Setiap taktik saya dedahkan modus operandi-nya dan bersekali dengan cadangan cara mengatasinya.

Saya tulis dalam bentuk point by point bagi memudahkan pembacaan, supaya cara penulisan berperenggan yang biasa tidak 'menyihir' para pembaca supaya menjadi keliru, cepat mengantuk atau tertinggal perkara-perkara penting dalam buku ini.

Saya juga memasukkan satu bab yang penting juga, "Si Kitol" dalam buku ini. Dalam pembuka bicara, saya ada menyatakan bahawa di sepanjang sejarah Melayu, jika bukan disebabkan perpecahan sesama Melayu, wajiblah Melayu musnah jahanam sebab Kitol ini.

 

Buku ini kira semacam 'buku teks' untuk bangsa Melayu belajar memahami selok-belok ilmu penjajahan yang berlaku di zaman imperialisme dahulu. Ia bukan sahaja merangkumi faktor-faktor jelas menyumbang kepada dijajah seperti pertahanan kerajaan atau negara yang lemah, teknologi dan sistem pentadbiran, malah ia juga meliputi topik propaganda penjajah, tipu muslihat penjajah dan dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu dan pribumi lainnya untuk berada dalam zon penjajahan.

Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutan hangat ketika dilancarkan seca kombo bersama-sama buku Dunia Tanpa Tembok III dengan mencatatkan rekod jualan tertinggi ketika itu dalam sejarah penubuhan Patriots Publishing.

 



 

Cabaran & Haters Yang Berniat Menumpahkan Darah

 

 


 

 

Sudah  tentulalah ada cabaran-cabarannya ketika saya menyusun manuskrip dan mengeluarkan buku ini. Ketika itu para haters saya telah menubuhkan banyak 'pertubuhan' untuk menjatuhkan saya. Federasilah, Laksamanalah, Apsaralah, Gerodalah...macam-macam dan hari ini semua pertubuhan yang saya namakan 'angkatan Ahzab' (inspirasi dari pakatan kafir ketika Perang Ahzab) sudah berantakan dan berpecah belah. Kini kepala-kepalanya sudah mufarakah antara satu sama lain, baik yang kepala libtard-nya, yang kepala scammer-nya, yang kepala Joker-nya semua buat hal masing-masing 😁

Betapa sakit hati mereka sebab saya tidak ditangkap polis kerana mengkritik pertubuhan pendidikan Cina dan DAP atas isu buku teks sejarah. Pelbagai maki hamun dan kutukan dihamburkan. Namun saya tak ambik kesah pun, yang penting saya mengumpul pahala percuma yang banyak hasil kutukan mereka itu (mereka sebaliknya dapat dosa percuma) yang tak faham bagaimana prosedur buku teks sejarah sekolah dihasilkan. Mereka naif dan seolah-olah orang Melayu yang hidup di zaman penjajahan.

Tapi apabila dah tahap nak membunuh saya, wow...saya pun kagum jugalah sebab sembahyang sujud rukuk bagai bertahun-tahun, ada yang suka ziarah kubur-kubur panglima, raja bagai tapi anehnya  berniat terang-terangan nak menumpahkan darah sesama muslim. Ini menghilangkan sifat warak dan soleh dari wajah dan peribadinya.

 


 

Apa yang sakit hati sangat kepada saya pun saya tak tahu. Saya tak kacau keluarga haters ni semua 😄 Jika ada tulisan saya yang tidak puas hati, kritik jer lah. Hujah lawan hujah, nothing personal.  

Bawakan hujah kamu, senang saya nak menjawabnya. Niat nak membunuh tanpa diluahkan terang-terangan dan tidak dilaksanakan masih tidak dicatat dosanya, tapi jika diisytiharkan malah diabadikan dalam media sosial yang disaksikan dalam internet begini lain ceritanya pula. Maka ini sudah tahap mengisytiharkan perang kepada nyawa seorang muslim. 




 "Bunuh ja" katanya 😄 Para peminat sejarah Melayu menyarankan saya untuk membuat laporan polis namun ketika itu saya sibuk menyusun manuskrip saya disamping tugas mengajar yang mana saya baru dapat jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan. Takde masa saya nak layan, cuma saya ada cara yang lebih syok dari sekadar laporan polis.

“Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”.

(Riwayat al-Bukhari, no. 14)

Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya.

Jika haters ini berniat nak bunuh saya diam-diam dalam hatinya, orang tak tau pun dan tidak dilaksanakannya, maka tidaklah berdosa apa-apa atas sifat kasih sayang Tuhan. Tapi bila dah dikomennya dalam media sosial, ramai yang tahu sehingga ada mengadukan ugutan bunuh ini kepada saya maka ini sudah satu bentuk keazaman dan kesungguhan yang ketara.

Niat mereka nak membunuh saya terabadi buat selama-lamanya di internet kecuali mereka meminta ampun maaf kepada saya. Amalan seribu tahun, sembahyang seribu tahun, ziarah seribu makam sekalipun apalah gunanya jika amalan tergantung terawang-awang tak tercapai ke langit dek kerana bersungguh-sungguh mahu membunuh saudara seIslam. Saya akan ingat kemahuan membunuh yang meluap-luap ini kecuali mereka merendahkan diri meminta ampun maaf. Jika tak sanggup, maka hiduplah dengan niat menjadi pembunuh saya sampai di Alam Barzakh. Yang menyokong pun tak terkecuali, yang mendiamkan diri bersetuju, taknak nasihatkan dia pun dapat saham sekali sebab membantu membiarkan kawan mereka meluap-luapkan kemarahan sampai isytihar nak bunuh saya.

Melawan penjajah itu mudah berbanding melawan bangsa sendiri yang menjadi Kitol, tapi melawan saya yang menewaskan pakatan Dong Jiao Zong-DAP dalam rancangan nak merombak panel pakar rujuk buku teks dan silibus buku teks sejarah adalah sesuatu yang bebal dan tidak akan berjaya.

Sebabnya saya bertanggungjawab ke atas kelangsungan bangsa Melayu ketika ini di tanahair ini ketika nyawa dan kudrat saya masih ada. Namun kelak siapa tahu? Saya juga manusia biasa yang memiliki sifat lemah, akan tua dan mati. Namun saya mewariskan buku-buku saya bagi bangsa saya berpeluang menyerap kekuatan daripada sejarah dan bangkit tidak terkalahkan; bagaikan patah sayap bertongkatkan paruh.

Insya Allah akan ada anak-anak bangsa yang menjadi pemangkin kepada kelangsungan bangsa ini, mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.

 

 







 *Sebahagian foto-foto pembaca Kitab Raksa

 

 *Kitab Raksa boleh beli di sini: https://bit.ly/2Aqv5bU atau di sini: https://bit.ly/2OmsJyR

 

 

 

Terima Kasih Tuhan & Kehidupan Ini

 



 
 

Setakat catatan ini ditulis, Malaysia dan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Ini juga memberi kesan kepada saya sedikit sebanyak. Saya sebenarnya sudah bertunang hujung 2018 yang lalu dengan jejaka pilihan hati.

Ikatan pertunangan setahun dan sepatutnya pernikahan diadakan pada satu tarikh tahun 2020 ini (saya tulis ni masih 31 Disember 2020) namun apakan daya Covid-19 melanda.

Tapi alhamdulillah, sekitar bulan Jun sampai awal September, wabak ini di Malaysia sudah berkurangan. Maka syukurlah kami akhirnya disatukan. Majlis agak meriah juga walaupun SOP ketika pandemik masih dijaga dengan teliti. Alhamdulillah tiada apa-apa kluster muncul dari majlis kami. 

Saya memang merancang nak jemput sebahagian kawan-kawan di media sosial yang benar-benar saya percayai namun kekangan zaman wabak ini membuatkan saya berfikir 2-3 kali, ditambah keadaan diri saya yang agak 'most wanted' dan kontroversi. Saya tidak mahu menjejaskan kehidupan buah hati saya semata-mata disebabkan saya. 

Apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan amat menghargai para pembaca blog ini yang mungkin 'membesar' bersama-sama tulisan saya lebih 10 tahun ini. Mungkin ramai dah berkahwin dan beranak-pinak (saya baru aje nak mengharunginya, doakan saya). Saya menulis sejak di bangku sekolah tau :)

Dalam majlis tu saya hadiahkan koleksi sebahagian buku-buku saya kepada yang tersayang sebagai hadiah perkahwinan, tanpa dia tahu sayalah penulisnya. Kadang-kadang mahu berbisik ke telinganya. Mungkin suatu hari nanti.

..atau mungkin lebih baik, biarkan ia rahsia.  Tersembunyi, penuh misteri. Selama-lamanya.




~Srikandi

 



 







Viewing all 81 articles
Browse latest View live