Quantcast
Channel: Alter Terahsia Bangsa Melayu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 81

Ucapan Pembukaan dari Lonecryer

$
0
0


Ke hadapan jiggers dan alters,


Ketika bertugas di Tanah Melayu sekitar 1930-an,seorang pengembara dan amatur dalam bidang arkeologi British,Gerald Brosseau Gardner,telah menjumpai beratus-ratus manik dan beberapa tinggalan di sebuah kota yang tersembunyi di dalam hutan di Johor.Apabila diteliti,alangkah terkejutnya dia apabila mendapati usia manik-manik itu sekitar 700 Sebelum Masehi iaitu bermula dari era Hittite,Phoenicia dan Empayar Rom!Ada juga manik-manik yang diperbuat dari kaca yang hanya terdapat di sekitar Cyprus sekitar 1100 hingga 300 Sebelum Masehi!

Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelah diperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris,Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan mula menghidu satu tamadun purba yang hilang,seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus rahsia Eropah.Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.

Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai 'Father of Wicca' iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yang popular di Barat.

Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor?Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933,terdapat beberapa makalah lain yang kita tidak ketahui,menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s),Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba.

Apa yang dijumpai oleh beberapa individu British sama ada bertugas sebagai pegawai kerajaan,pengkaji,pengembara dan sebagainya,di mana hasil kajian mereka berselerak dalam jurnal-jurnal antarabangsa,menunjukkan hasil kajian yang sama diutarakan oleh Srikandi dalam blog riwayatmelayu.Sebelum penemuan di dalam jurnal oleh individu era kolonial didedahkan,Srikandi telah memberitahu kami tentang petunjuk-petunjuk di beberapa tempat mengenai kaitan tamadun Melayu dengan Mesir Purba,dengan Phoenicia,dengan Ibrani (Bani Israel,Yahudi Kuno) serta kaum-kaum peribumi Amerika seperti Maya,Inca dan Aztek.Penemuan di tapak arkeologi Oc-eo di Vietnam tentang syiling-syiling Rom memang terkenal,namun penemuan manik-manik era Hittite di Johor kurang diketahui dan ini amat mengejutkan sama seperti penemuan teknologi peleburan besi di Kedah oleh pengkaji USM.

Buat pengetahuan anda,kaum Hittites adalah sezaman dengan Assyria,Babilon (era Namrud juga termasuk di dalamnya),Kerajaan Israel Raya dan Judah (era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s).Bagaimana barangan era 1000-800 sebelum Masehi boleh dijumpai di Johor Lama?

 Ada sesuatu yang berlaku di sana 1000 tahun Sebelum Masehi,sebagaimana yang diberitahu oleh Srikandi tentang Raja Hari dan empayar maritimnya.Dalam artikel ATBM 'The Chronicles of Matahari' Srikandi menjelaskan bahawa Horus atau dalam sebutan Mesirnya 'Heru' adalah Raja Hari dimana perlambangan dewa Mesir ini dinamakan "maatheru' dalam bahasa Mesir Purba yang diterjemahkan sebagai 'The Eyes of Heru',Mata kepada Hari.

Namun apa yang dikesalkan ialah,kebanyakan artifak kita telah dilarikan oleh pihak British manakala raja-raja Melayu ketika itu majoritinya tidak memahami sejarah nenek moyang.

Ini menunjukkan sebelum Srivijaya bangkit sebagai kuasa maritim yang mengawal Selat Melaka,telah muncul beberapa hegemoni kuasa laut sebelumnya.Selat Melaka dari dulu sampai kini kekal sebagai laluan perdagangan paling sibuk dan menguntungkan.

Saya boleh membayangkan kapal-kapal dari Babilon,Phoenicia dan Anatolia sampai ke sini dan berdagang dengan nenek moyang kita.Tidak hairanlah Gunung Ledang dikenali dengan nama 'Hebrew'nya iaitu Mount Ophir oleh orang Barat.Siapa kata Bani Israel tidak kenal orang Melayu?Jika kita dapat mengusahakan supaya mengakses manuskrip-manuskrip Ibrani di universiti-universiti di Israel untuk mengesan aktiviti kerajaan Judah,Samarra atau Israel Raya dengan nenek moyang kita,kita akan dapat membuka kunci segala misteri.

Kita mungkin kekurangan bukti fizikal setua Piramid Giza atau Tembok Besar China.Tetapi kita mempunyai jejak bisnes maritim yang lebih tua dari Taman Tergantung Babilon.

Ketika saya bertemu dengan Srikandi di 'Mushroom',Universiti Teknologi Mara Perlis,beliau ada menunjukkan petunjuk terbaru...bahawa tradisi ular besar atau naga adalah berasal dari kultus kuno tamadun Melayu yang hilang.Srikandi sekaligus menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara raja-raja yang memerintah Alam Melayu pada era purba dengan imej dewa-dewi Mesir Purba dan Hindu.Petunjuk paling dekat terletak di Kemboja,dengan sejarah emperor-emperor Angkor berdarah Melayu memerintah bersama-sama orang Khmer.Jika kaum Maya mempunyai tradisi 'ular besar' sehingga dijadikan dewa,maka kita mempunyai 'Merong' iaitu bahasa lama Melayu era Jawaka (pra-Srivijaya) merujuk kepada 'ular besar'.Tradisi naga yang begitu kuat dalam budaya Khmer namun kita tahu apabila Preah Thong dan Nang Neak (Kaundinya dan Soma dalam prasasti Champa) iaitu Bapa dan Ibu orang Khmer mula bertemu,dicatatkan kelibat 'Cham King' dalam riwayat Khmer.Ini bermakna sebelum kehadiran orang Khmer,raja-raja serumpun dengan bangsa Melayu telah lama memerintah Asia Tenggara!

Jadi saya tidak hairan bahawa bisnes maritim orang Melayu mencapai era Hittite,Babilon,Assyria dan Empayar Rom.Selagi kosakata 'MATAHARI' masih berada dalam bahasa Melayu,selagi itu saya percaya hubungan bangsa Melayu dengan Mesir Purba.

'The Origin of The Sea Dragon' itulah kata-kata yang dibisikkan oleh Srikandi kepada saya,merujuk kepada rajah suci Khmer Kuno abad ke-16 menunjukkan lukisan naga yang berenang di laut.Misteri bangsa yang hilang diabadikan dalam riwayat paling terahsia di Indochina.Menyelusuri kepada salasilah moyang kepada raja-raja Srivijaya,Seri Gumum dan Seri Pahang hingga kepada Horus 'Mata-Hari'.

Jika Srikandi pandai membahagikan masanya dan tidak menghabiskan masanya merayau-rayau atau melepak bersama rakan-rakan sekuliah di Wangsa Walk dan KL Festival,kita akan cepat mengetahui siapakah sebenarnya 'The Sea Dragon' itu.Kita mahu tahu lebih dalam apa yang ditemui oleh 'The Naga King's Daughter' ini.




-Lonecryer
מקורו של דרקון הים
Haifa,Mei 2@12.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 81

Trending Articles